Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Oreo Coklat Mousse (Yang Pasti Jadi)

Mousse adalah sejenis manisan yang lembut dibuat dari krim putar, gula dan meringue. Kemudian ia ditambah dengan beberapa bahan lain yang akan mempengaruhi rasanya. Namun secara umumnya mousse adalah sejenis pencuci mulut yang ringan. Ini kerana proses pembuatannya dan gabungan bahan-bahannya yang dibuat secara berasingan,kemudian digabung dalam satu bekas.

Mousse boleh dihidang sendiri atau juga sebagai isian didalam kek. Namun begitu untuk kek, moussenya perlulah lebih stabil. Oleh itu sukatan bahannya lazimnya tidak sama dengan sukatan untuk mousse yang dihidang sendiri. Contohnya untuk mousse yang lebih stabil, gelatin digunakan. Namun ada juga mousse yang tidak menggunakan gelatin, cuma ia kurang stabil.

Ini adalah resepi yang Madam pernah cuba, ia sedap dan sangat bergaya jika dihidang pada tetamu. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Oreo Coklat Mousse

Bahan-bahan dasar

  • Biskut Oreo ambil separuh dari bungkusan .(asingkan inti dan biskutnya)
  • Mentega cair secukupnyer.
  • Kisar halus biskut dan campurkan dgn butter cair tadi. Gaulkan keduanya sehingga boleh dikepal. Ratakan didalam bekas mousse.

Bahan – bahan mousse Oreo

  • Cream cheese 250g
  • 100g gula
  • 1 biji telur
  • 200ml krim putar

Kaedah

  • Pukul cream cheese dan gula sampai sebati
  • Masukkan telur
  • Masukkan krim putar
  • Akhir sekali masukkan baki oreo tadi tapi patah-patahkan dulu.
  • Tuang dalam bekas mousse tadi, biarkan dalm petiais 30 min.

Bahan-bahan mousse coklat

Bahan A

  • 100g coklat gelap (cairkan secara double boil)
  • 1biji kuning telur (pukul sikit)
  • 1 sudu teh butter

Bahan B

  • 1 sudu besar gelatin + 30ml air panas (double boil sampai jernih)

Bahan C

  • 1 biji putih telor + 30gm gula kastor (pukul kembang,putih dan kaku)

Bahan D

  • 100g krim putar (pukul pekat)

Kaedah

  • Campurkan bahan A iaitu kuning telur dan butter ke coklat yg telah cair tadi
  • Kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.
  • Seterusnya masukan bahan C dengan cara kaup balik.
  • Akhir sekali akhir kaup balik krim putar yang telah dipukul terlebih dahulu.
  • Isikan mousse ini kedalam bekas yang telah diisi cream cheese tadi. Biarkan beberapa jam dalam peti ais hingga ia set. Kemudian hiaskan dgn fresh cream dan oreo.

Pencuci mulut ini mungkin kelihatan rumit tetapi jika diperhatikan ia sebenarnya sangat mudah. Ia juga tidak perlu sebarang proses pembakaran atau pengukusan. Oleh itu anda boleh mencubanya walaupun tidak mempunyai oven atau pengukus.

Selain dari resepi ini, kami juga mempunyai pelbagai koleksi resepi yang boleh dicuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!