Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Lemak ( Sesuai Untuk Meniaga)

author name

Nasi lemak adalah merupakan resepi orang Melayu. Tetapi ia menjadi makanan kegemaran orang Malaysia. Ia digemari pelbagai lapisan masayarkat. Oleh sebab negara kita adalah sebuah negara majmuk, maka ia juga digemari oleh orang bukan Melayu. Ia dimasak dan diubah suai mengikut selera mereka.

Nasi lemak pada asasnya ialah beras yang dimasak bersama santan,daun pandan, sedikit garam sebagai menaikkan rasa. Akan tetapi kini ada beberapa bahan lain yang dicampur bagi menyedapkan lagi rasanya.

Hari ini, Madam akan bawakan resepi nasi lemak yang Madam gunakan semasa meniaga. Oleh kerana lazimnya Madam memasak nasi lemak untuk 250 bungkus sekali masak, maka Madam mengubah suai resepinya agar sesuai dijadikan bungkusan nasi lemak yang tahan lama.

Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Nasi Lemak  (Untuk Niaga)

Bahan utama

  • 3 cawan beras (beras 10 % hancur)

Bahan-bahan lain

  • Santan 1 peket kecil/ satu kotak kecil
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • ½ inci halia diketuk
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu minyak masak
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Basuhkan beras seperti biasa.
  • Letakkan daun pandan, halia, minyak masak, garam dan gula.
  • Sukat santan bersama air. Caranya sukat santan secawan terlebih dahulu,tuang dalam periuk nasi. Kemudian selebihnya ialah air. Jumlah keseluruhan cecair ialah 5 cawan.
  • Masak nasi seperti biasa. Jika menggunakan pressure cooker tekan ‘high pressure’ untuk 6 minit.
  • Bila nasi telah masak, kacau nasi guna gafru dahulu. Ini supaya santan dan semua bahan digaul sebati dulu.
Nasi lemak yang telah siap dimasak.
Bungkusan ini tahan lebih 8 jam tanpa basi walaupun menggunakan santa.
Boleh lah dicuba untuk mula meniaga.

Resepi ini untuk 10 bungkus nasi lemak. Anda boleh mengandakan ia untuk jumlah yang diperlukan. Minyak masak digunakan supaya nasi lemak yang dibuat lebih cantik dan berderai. Gula pula digunakan untuk menaikkan rasanya. Halia menjadikan baunya lebih harum. Beras 10% hancur digunakan bukan sahaja kerana ia lebih murah,tapi juga lebih sedap.

Oleh itu bolehlah anda mencubanya untuk hujung minggu nanti. Sesuai juga untuk dimakan semasa berkelah. Pelbagai resepi lain juga ada kami sediakan,jangan lupa singgah ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *