Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Lemak Strawberi Lain Macam Sedapnya

author name

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi nasi lemak yang agak unik kerana ianya hanya boleh didapati di Cameron Highland sahaja. Nasi lemak ini disediakan mengguna buah strawberi yang dikisar, jusnya diambil dan dimasak bersama santan dan beras. Kemudian daun pandan ditambah bersama beberapa bahan lain.

Bagi anda yang teringin untuk mencuba sendiri resepi nasi lemak yang unik ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras
  • 1 kotak santan
  • 5 biji strawberi (kisar dan ambil airnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak 1 sudu besar
  • Daun pandan
  • Halia 1/2 inci
  • Mula berihkan beras dan letakkan didalam periuk nasi.
  • Tambah santan dan air strawberi ( cukupkan 5 cawan)
  • Tambahkan garam,gula,minyak,daun pandan (simpulkan) dan halia yang telah dipecahkan.
  • Masak seperti biasa.
  • Siap!

Hidangan ini mempunyai rasa yang sedikit berbeza berbanding nasi lemak biasa, kerana penggunaan buah strawberi memberi rasa yang sangat berbeza. Biasanya ia dinikmati bersama sambal tumis strawberi tetapi boleh juga dimakan bersama sambal tumis biasa. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *