Resepi Nasi Goreng Udang Kering (Ringkas Sangat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi. Nasi goreng terkenal di seluruh dunia, ia di antara resepi yang paling mudah untuk di sediakan. Nasi goreng udang kering ini diperbuat daripada bahan-bahan yang biasa ditemui dalam nasi goreng. Cuma perbezaannya ialah penggunaan udang kering. 

Bagi anda yang mencari idea untuk menggoreng nasi sebagai sarapan pagi dan suka mencuba resepi baru, mungkin anda boleh mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Goreng Udang Kering

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk 2-3 cawan

Bahan tumbuk

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili api
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit kacang panjang (potong dadu)
  • 1 biji telur ayam

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan tumbuk.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran.
  • Pecahkan telur dan biarkan seketika.
  • Masukkan nasi dan goreng dengan api besar.
  • Kacau sentiasa dan dengan laju.
  • Hiaskan dengan udang kering yang digoreng jika suka.
  • Siap.

Jika anda tidak suka makan pedas anda boleh menggunakan lada sulah sahaja. Selain daripada menggunakan sayur lobak merah dan kacang panjang sayur lain yang sesuai ialah kacang buncis dan sawi. Diharap anda sudi mencuba, semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Tuna Cheese Roll ( Minuman Petang)

Next Article

Resepi Lemak Fucuk Dan Suhun ( Ringkas Dan Sedap)