Resepi Nasi Goreng Bakibaki (Guna Baki Lauk)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang lazimnya dihidangkan diwaktu sarapan pagi. Nasi goreng kali ini merupakan sebuah resepi yang amat ringkas. Paling popular dibulan Ramadan, ia digunakan ketika bersahur. 

Nama nasi goreng bakibaki ini dinamakan begitu kerana ia menggunakan baki baki lauk ketika berbuka. Ia sesuatu yang sangat praktikal kerana ia akan mengelakkan pembaziran. Dan jika mengikut petua yang betul untuk membuat nasi goreng, anda boleh menghasilkan nasi goreng yang sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai orang. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ini, mari lihat bahan-bahan dan cara mudah untuk membuat nasi goreng bakibaki ini.

Resepi Nasi Goreng Bakibaki (Guna Baki Lauk)
Bahan-bahan

  • 10 ulas cili api
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh belacan (jika suka)
  • 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh cuci bersih
  • Semangkuk kecil lauk semalam berserta isinya
  • Sayur pilihan ( ikut citarasa)
  • Sedikit garam gula serbuk perasa
  • Kicap
  • Nasi sejuk anggaran 3-4 cawan 

Kaedah

  • Mula-mula tumbuk ikan bilis,cili api,bawang merah dan bawang putih.
  • Tumbuk separuh lumat.
  • Racikkan isi ikan atau ayam atau apa sahaja lauk semalam.
  • Potong kecil atau dadukan sayur,ketepikan.
  • Dengan anggaran minyak ½ senduk didalam kuali, panaskan dan sedia untuk menumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
  • Tumiskan sehingga sedikit garing, masukkan garam dan gaul sebati.
  • Kemudian pecahkan telur dan masukkan baki lauk semalam.
  • Selepas itu apabila sedikit garing, masukkan sayur.
  • Gaul hingga sebati dan masukkan nasi pula.
  • Dengan api yang besar goreng nasi dan gaul laju-laju agar nasi benar-benar serasi dan masak dengan sempurna.
  • Kemudian dengan api yang kecil, goreng dan gaul agar tahan lebih lama.

Untuk mendapatkan nasi goreng yang sedap, gunakan api yang besar. Tapi semasa menumiskan bahan tumbuk/kisar guna api sederhana dulu hingga ia garing dan naik bau. Masukkan semua baki baki lauk semalam seperti ikan,ayam atau apa sahaja. Kacau semua bahan hingga sebati. 

Selepas masukkan nasi, besarkan api dan goreng lama sambil gaul dengan sudip. Buatlah aksi seperti tukang masak nasi goreng digerai-gerai masakan Thailand, kerana itulah yang membuat nasi goreng kita lebih sedap. Percaya atau tidak anda haruslah mencubanya sendiri. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi AyamPop Krup Krap (Snek Enak)

Next Article

Resepi Kerabu Tauge Kerang (Sihat Sedap)