Resepi Nasi Goreng Cendawan Yang Sedap Mengancam!

Resepi nasi goreng ini merupakan satu lagi masakan berasaskan cendawan. Ianya amat mudah disediakan dan sesuai bagi mereka penggemar nasi goreng. 

Nasi goreng adalah salah satu paling popular yang boleh didapati diseluruh dunia yang menjadi nasi sebagai makanan ruji. Selain Malaysia negara seperti Jepun,Korea,China mahupun India juga mempunyai pelbagai jenis nasi goreng. Baiklah berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 5 ulas  cili api
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 5 keping cendawan tiram (koyak-koyakkan)
  • 1 biji telur (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah 

  • Mula-mula tumbuk cili api,bawang putih, ikan bilis dan lada hitam hingga sebati.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan ini sehingga naik bau.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau dan pecahkan telur, tunggu sebentar.
  • Kemudian sebelum telur garing, masukkan nasi sejuk yang telah disediakan.
  • Dengan api besar, goreng nasi dan kacau dengan kerap dan laju.
  • Masak seketikan sehingga nasi benar-benar garing.
  • Tutup api dan siap!

Masakan yang berasakan cendawan dikatakan sejuk bagi sesetengah orang. Oleh kerana itu lada hitam dan halia ditambah dalam masakan ini. Selain daripada itu lada hitam juga memberi rasa yang lebih sedap dan pedas. Diharap anda akan cuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Murtabak Maggi Yang Viral Sebab Memang Sedap

Next Article

Resepi Brownies Kedut Tak Kedut Yang Penting Sedap