Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Ayam Buttermilk ( Macam Direstoran)

author name

Resepi  berikut merupakan satu lagi resipi daripada koleksi nasi goreng. Nasi goreng buttermilk chicken ini biasa dijadikan menu di dalam restoran atau cafe yang mahal. Ia adalah nasi goreng yang digabungkan dengan buttermilk chicken, sesuai bagi peminat makanan barat.

Namun kini anda boleh menyediakan ia sendiri kerana ia amat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Goreng Ayam Buttermilk

Bahan Nasi Goreng 

  • 3 cawan nasi sejuk
  • ½ ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil sayur campur beku
  • 1 biji telur 
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah 

  • Mula-mula ramas nasi sehingga ia menjadi berderai.
  • Kemudian panaskan kuali dan tambah minyak masak anggaran 3 sudu besar.
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sayur campur
  • Kemudian pecahkan telur dan biar ia seketika
  • Masukkan nasi dan kacau pantas menggunakan api yang besar.
  • Siap dan asingkan sebentar.

Bahan Buttermilk chicken

  • 2 keping ayam bahagian dada (hiris)
  • 3 sudu besar tepung bestari
  • Gaulkan isi ayam dengan tepung dan goreng, ketepikan.
  • Sos buttermilk.

Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang putih ( tumbuk pecah)
  • 5 ulas cili api (hiris)
  • ½ susu cair
  • Sedikit air tepung jagung (jika ingin pekat)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bawang putih kemudian masukkan cili api. 
  • Apabila ia telah naik bau masukkan susu cair. 
  • Tambahkan garam dan sedikit gula. 
  • Akhir sekali masukkan sedikit air tepung jagung. 
  • Siap!

Penyediaan nasi goreng buttermilk.

  • Ambil dalam semangkuk nasi goreng dan telangkupkan diatas pinggan.
  • Kemudian tambahkan sedikit buttermilk chicken yang telah siap.
  • Siap!

Sediakan nasi goreng dahulu kerana buttermilk chicken akan menjadi cepat menjadi pekat jadi ia perlulah dimakan ketika masih panas. Walaupun bahan yang tersenarai kelihatan panjang, namun percayalah ia amat mudah disediakan.Oleh itu diharap anda akan cuba resepi ini dan kongsikan bersama rakan-rakan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *