RESEPI NASI BERINGIN@NASI SERAI

Bahan-Bahan:-

4 cawan beras biasa/beras siam/basmati
1 sudu kecil jintan kasar
½ biji bawang Holland (tumbuk)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
6 Batang Serai (titik)
1 helai daun pandan (simpul)
1 sudu Besar butter/majerin
4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan)
½ cawan susu cair
1 kiub ayam
Sedikit gajus

Cara-cara:-

Panaskan periuk dan cairkan marjerin/butter, tumis jintan kasar dahulu kemudian diikuti bahan tumbuk dan serai.

Tumis hingga terbit bau dan wangi.Tak perlu terlalu garing.
Masukkan air, kiub ayam ,susu cair dan daun pandan.Biarkan mendidih dahulu.

Kemudian masukkan beras (yg telah dicuci bersih).Masak seperti masak nasi biasa.

Bila nasi telah masak,gembur-gemburkan nasi.Semasa menghidang letakkan gajus dan daun bawang (jika suka)

Walaupun hanya guna beras siam..tp hasilnya tetap cantik…yg paling penting sedap dan sangat mudah disediakan..



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here