nasi ayam simple 2

Resepi Nasi Ayam Simple Para Amatur Boleh Cuba dan Impresskan Semua!

Anda mengidam untuk makan nasi ayam? Bimbang sukar untuk menyediakan nasi ayam? Jangan gusar, jangan khuatir! Kali ini, kami bawakan kepada anda resepi nasi ayam simple yang amat mudah untuk anda ikuti. Walaupun mudah, rasanya amat sedap seakan nasi ayam biasa tau!

Nasi ayam merupakan makanan tradisi kaum Cina dan kini, menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia. Resepi nasi ayam simple ini pastinya menjadi pilihan buat mereka yang baru mencuba untuk memasak kerana ianya dijamin menjadi. Anda boleh menyediakan nasi ayam bersama ayam yang diperap dan digoreng sehingga masak. Pasti sedap dan lazat!

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Norizam Nurul dan telah mendapat ratusan shares dan likes di Facebook. Jom kita lihat.

Resepi Nasi Ayam Simple

nasi ayam simple 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi:

  • 3 cup ½ beras lembut (jenama Fresh)
  • 2 sudu marjerin*
  • 4 cm halia*
  • 1 paket 3 sekawan*
  • 1 batang serai*
  • Bawang merah* (dikisar)
  • Bawang putih* (dikisar)
  • 1 kuib stock pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil tepung kunyit
  • Sedikit gram

Perapan ayam:

  • Ayam (rebus sehingga masak)
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap abc manis
  • Secukup rasa Cara²

Cara – cara memasak:

Nasi:

  • Tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
  • Sementara itu, basuhkan beras dahulu dan masukkan bahan tumisan ke dalam beras.
  • Letakkan air ayam yang telah direbus sebanyak 1 cawan.
  • Gaulkan beras.
  • Masukkan tepung kunyit dan gaul.
  • Masak dan apabila sudah menggelegak, gaulkan nasi supaya masak.
nasi ayam simple
Imej via Facebook

Ayam:

  • Rebus ayam dan masukkan kesemua bahan di atas.
  • Perap sekurang – kurangnya 1 jam dan goreng menggunakan api kecil.

Hidangkan bersama sos thai. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Total
2
Shares
Previous Article
kek coklat lava

Resepi Kek Coklat Cheese Larva Paling Gempak di Abad Ini

Next Article
nasi ayam express

Nasi Ayam Hainan Kukus Express Sesuai Untuk Orang Bujang