Resepi Nasi 3 Budak Gemok Macam Dia Tapi Lain Sikit

Resepi kali ini merupakan resepi diinspirasikan oleh nasi 3 budak gemok. Ia adalah satu menu nasi yang telah di francisekan. Oleh itu nasi dengan jenama ini mudah didapati di sekitar Lembah Klang. Nasi ini dihidangkan bersama sambal kicap ayam yang menjadi viral dan kesukaan ramai. 

Perkongsian kali ini akan mencuba rasa yang sama seperti sambal kicap budak 3 gemok yang sangat sedap itu. 

Bahan-Bahan Ayam Goreng Kicap

  • Ayam potong kecil dan goreng jangan terlalu garing
  • dipotong sederhana kecik (garam kunyitkan lepas tu goreng half cook)
  • Segenggam cili kering (rebus)
  • Bawang merah, bawang putih,halia 
  • 3 sudu serbuk kari ayam.
  • 2 sudu besar taucu
  •  2 tangkai daun kari,
  •  3 sudu besar sos tiram,
  •  kicap manis secukup hitam
  • minyak untuk menggoreng 

Kaedah 

  • Kisar cili kering bersama bawang besar,bawang putih dan halia
  • Tumiskan cili hingga garing
  • Masukkan serbuk kari dan taucu
  • Kacau sehingga sebati
  • Kemudian masukkan semua sos dan kicap
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula
  • Hidangkan bersama nasi, hirisan timun dan sambal pedas.

Taucu digunakan didalam resepi ini sebagai mengantikan asam jawa atau asam keping. Gula ditambah sedikit terutama jika cili digunakan adalah jenis pedas. Diharap anda akan mencuba resepi ini ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *