Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Muffin Pisang (Resepi Guna Cawan Sahaja)

author name

Resepi yang Madam bawakan kali ini ialah resepi yang Madam biasa gunakan untuk jamuan keraian atau bila ada majlis disekolah anak-anak. Muffin adalah antara manisan yang paling sedap dibuat. Paling mudah untuk dijamu juga kerana ia dibakar dalam cawan kertas jadi mudah untu dimakan tetamu.

Muffin menggunakan bahan yang hampir dengan kek cawan. Namun pembuatannya jauh lebih mudah dan ringkas. Ia tidak menggunakan mesin pengadun atau butter. Rupanya juga sangat berbeza berbanding kek cawan. Kata orang “muffin is an ugly cupcake”, haha. Namun muffin sentiasa mendapat tempat dikalangan peminat kek.

Mari lihat resepinya terlebih dahulu.

Resepi Muffin Pisang (Guna Sukatan Cawan Sahaja)

Bahan-bahan kering

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung(pilihan)
  • ½ sudu kecil soda bikabornat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan-bahan basah

  • 1 cawan pisang yang telah dikisar
  • ¼ cawan susu segar atau susu cair
  • 2 biji telur gred B
  • 1 cawan gula pasir ( boleh ubah untuk suaikan rasa manisnya)
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ esen pisang ( pilihan)

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Gaulkan bahan-bahan basah agar sebati atau kalau hendak cepat,boleh kisar terus.
  • Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau agar sebati.
  • Masukkan kedalam bekas muffin, penuhkan hingga tiga suku memenuhi bekas tersebut.
  • Taburkan kacang badamyang telah dibakar dahulu.
  • Bakar selama 15 minit sahaja.Biiarkan sehingga muffin merekah.
  • Sejukkan dan sedia dinikmati.
Bekas muffin ini ada dijual di kedai membekal barangan bakeri.

Pisang boleh dikisar lebih awal, boleh menggunakan pisang emas kerana ia lebih manis dan sedap. Jika tidak mahu kisar anda boleh hancurkan ia mengguna belakang gelas seperti hendak buat cekodok pisang.

Suhu tinggi digunakan untuk mendapatkan efek pecah yang menjadi trendmark dalam pembuatan muffin. Jika ingin efek muffin yang menggunung, anda boleh tukar serbuk penaik jenis double action. Anda boleh buat muffin ini bila-bila masa sahaja.

Resepi Lain Yang Menarik

Mudah dan ringkas, jangan lupa untuk mencubanya. Di laman web ini juga kami ada pelbagai jenis masakan lain,jadi anda boleh mencuba resepi lain juga ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *