Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Muffin Oren Chocolatechip Boleh Buat Doorgift Bajet

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resipi muffin yang agak popular dan digemari terutamanya oleh golongan kanak-kanak. Bagaimana pun dalam perkongsian kali ini cara yang digunakan adalah amat ringkas dan mudah. Oleh itu rasanya juga amat ringan namun masih sedap.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahannya yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Emulco sunquick 
  • White choc Chip
  • Bijan hitam atau biji popi
  • Badam (pilihan)

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

Di dalam resipi ini saya menggunakan emulco. Namun begitu selain daripada menggunakan emulco anda juga boleh menggunakan juice sebenar buah limau dan juga parutan kulitnya. Ini bagi menambah lagi perisa oren yang diperlukan. Apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ringkas ini ya selamat berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *