Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Meringue Kisses (Pakai Dua Bahan Sahaja)

Meringue adalah sejenis manisan yang banyak diguna dalam hidangan pastri Itali, Perancis dan juga Swiss. Ia dicipta sekitar kurun yang ke 18 dinegara Swiss. Boleh diguna sebagai hiasan diatas kek ataupun hidangan pastri lain. Kini ia makin popular dinegara.

Meringue hanya mengguna 2 bahan utama. Iaitu putih telur dan gula. Bahan lain yang diguna ialah cream of tartar atau jus lemon. Ia bagi tujuan menstabilkan bancuhan meringue ini. Meringue walaupun menggunakan bahan yang sedikit, tanpa cara yang betul ia tidak dapat dihasilkan.

Bagaimanapun apabila anda dapat menguasai teknik yang betul, anda boleh menghasilkan beberapa manisan yang berasaskan meringue. Diantaranya ialah pavlova, macaron dan italian meringue buttercream, ini adalah antara yang paling popular.

Hari ini, Madam suka bawakan resepi meringue cookies,ia dinamakan begitu kerana rupanya seperti ciuman. Muah!

Mari lihat bahan-bahannya dahulu.

Resepi Meringue Kisses ( Hanya Dua Bahan)

Bahan-bahan A

  • Telur 2 biji
  • Gula halus/castor 150g
  • Pewarna gel

Kaedah

  • Panaskan oven pada kadar 130 darjah celcius sekurang-kurangnya 10 min. Lapikkan dulang dengan kertas minyak dahulu. Dulang tidak perlu digris dahulu.
  • Mula-mula ‘double boil’ telur dan gula hingga keduanya larut. Sebaiknya guna ‘mixer bowl’ . Pastikan mangkuk pemutar bebas dari sebarang gris atau minyak.
  • Sejurusnya apabila keduanya telah larut ( uji dengan jari akan kadar kelarutan gula dahulu), Terus putarkan bancuhan ini.
  • Mula dengan kadar perlahan, masukkan setitis dua pewarna. Terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi ‘stiff peak’.
  • Gunakan beg piping dan nozzle star tip. Paipkan bancuhan diatas kertas minyak. Jarak tidak perlu jauh sangat,kerana adunan ini tidak akan mengembang. Juga tidak perlu terlalu rapat,untuk mengelakkan ia melekat-lekat.
  • Bakar pada suhu 130c selama 40min. Suhu perlu rendah supaya ‘meringue kisses’ tidak rentung. Ini untuk mengekalkan warnanya cantik.
  • Apabila telah masak,biarkan dahulu dalam oven. Ini pula untuk mengekalkan kerangupan meringue.

Manisan ini sesuai sebagai kudap-kudapan. Juga boleh digunakan sebagai hiasan atas kek. Rasanya rangup bila digigit, rasa manis seperti gula-gula kapas. Ia sedap dan cairdalam mulut,tapi boleh mengundang pada keasyikan. Asyik sehingga boleh habis sebotol. Jadi hati-hati ya,jika anda sedang berdiet.

Ikut cara yang betul ‘meringue kisses’ anda pasti jadi. Jadi jangan lupa mencuba ya, singgah juga resepi-resepi kami yang pelbagai ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More
!