Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Maruku Ori Tanpa Perasa Dengan Bunyi Krup Krap

Maruku adalah salah satu makanan tradisional kaum India yang telah mendapat perhatian di Negara kita. Jika dahulu sewaktu perayaan Deepavali baru kita akan dapat melihat maruku dihidangkan. Tapi sekarang ini kita dapat lihat dimana-mana kedai ada menjual maruku. Kalau anda nak cari kudapan yang ringan boleh lah cuba resepi maruku ini. Bila buat sendiri lagi puas hati dan boleh buat seberapa banyak yang kita nak. Kali ini kami kongsikan resepi maruku ori tanpa perasa anak-anak pun boleh makan. Resepi maruku ini dari Azie Mazidah yang telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Bahan-bahan

  • Sebungkus tepung maruku babas
  • Sebungkus tepung pulut cap 3 kambing (nak dapatkan maruku lebih ranggup)
  • Guna sukatan sudu sup
  • 1 sdu serbuk kari daging babas
  • 1 sdu serbuk cili
  • 1 sdu jemuju
  • 2 sdu majerin/ 1 sdu minyak sapi
  • 1 sdu udang kering yang dah diblend kering
  • Garam halus.
  • 1 kotak kecil santan (200ml) diblend dengan 6 ulas bawang putih + 1 kotak air suam
  • Daun kari secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, Ramas hingga sebati.
  2. Masukkan 1 kotak sahaja santan tadi, bersama 3 kotak air masak. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air.
  3. Uli sampai tidak melekat di tangan dan n mudah di press pada acuan. Jangan lembik sangat ya, nanti maruku tak ranggup.
  4. Tekan buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak. Baru goreng dengan api sederhana dan balikkan maruku.
  5. Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tak ranggup. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.

Maruku ori tanpa perasa ini memang lain sedikit rasanya dengan maruku pewarna. Selain itu juga maruku lebih sedap jika mempunyai tekstur rangup.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa mencuba resepi kudapan ini. Banyak lagi resepi kudapan yang mudah dan menarik untuk anda boleh follow dan cuba. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!