Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lepat Labu Paling Terbaik di Abad Ini Confirm Laku Weh

author name

📄

Lepat labu merupakan gabungan labu yang telah disagat, dicampurkan bersama tepung dan bahan – bahan lain lalu dikukus. Hidangan ini selalunya dihidangkan pada jamuan minum petang dan kuih ini merupakan salah satu kuih yang amat popular dan sinonim dengan rakyat Malaysia.

Selalunya, lepat labu boleh didapati di gerai menjual kuih muih. Namun, kini anda boleh menyediakan sendiri lepat labu yang sesuai dengan citarasa anda. Sekiranya anda menyediakannya sendiri, pasti rasanya lebih lazat serta kebersihan pun terjamin. Resepi lepat labu ini juga boleh disediakan oleh sesiapa sahaja, jadi anda bolehlah menyediakan hidangan ini bersama anak – anak sebagai salah satu aktiviti keluarga yang sihat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurnaema Naema dan mendapat banyak komen positif serta tanda suka di lama Facebook milik beliau. Mari kita lihat resepi lepat labu ini!

Resepi Lepat Labu

lepat labu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula (tambah 3 sudu makan lagi)
  • 1/2 sudu teh garam halus

Bahan B:

1/2 biji labu kuning (1kg berat)

Bahan C:

1/2 biji kelapa parut & garam halus
Daun pisang secukupnya (dilayur)

Cara – cara memasak:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam satu bekas dan gaul sekata. Ketepikan.
  2. Rebus bahan B sehingga empuk, toskan air dan lenyek halus.
  3. Kelapa daripada bahan C digaul bersama dengan garam halus. Kemudian daun pisang dilayur dan digunting mengikut saiz yang disukai.
  4. Penyediaan adunan bermula dengan mencampurkan bahan A bersama bahan B. Gaul rata dan sebatikan. Pastikan tidak berketul.
  5. Letakkan sesudu lebih adunan tersebut di atas daun pisang dan letakkan inti kelapa parut. Ambil sesudu tutup inti kelapa.
  6. Lipat daun pisang dan balut kemas. Susun dalam pengukus.
  7. Didih air, mula mengukus hingga masak lebih kurang 15 minit atau hingga masak.
lepat labu 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *