Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lempeng Oats Sempoi Tapi Kenyang Lama

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang diubah suai agar ia sesuai dijadikan hidangan minuman petang. Lempeng oats seperti namanya disediakan mengikut oats sebagai bahan utamanya. Namun begitu ia juga mempunyai sedikit kandungan tepung yang membantu oats melekat agar boleh dijadikan lempeng.

Baiklah bagi anda ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan rolled oat
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • Air suam secukup rasa

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kering 
  • Tambahkan air suam sedikit demi sedikit dan biarkan seketika hingga oat lembut
  • Letakkan sedikit minyak dan biarkan panas sebentar
  • Masukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan
  • Biarkan ia masak dan terbalik
  • Ulang sehingga habis semua adunan
  • Siap!

Ada beberapa cara lain yang digunakan untuk menyediakan lempeng Oats ini. Ada sesetengah resepi menggunakan susu dan beberapa bahan lain. Terpulang pasa citarasa anda, namun diharap anda akan mencuba resepi ini ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!