Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Tauge ( Resepi Ringkas Masakan Kampung)

Resepi kali ini adalah menu sayuran yang sedap dan sangat sesuai dengan kebanyakkan menu makanan tengahari lain. Lemak tauge adalah salah satu menu yang sangat mudah dimasak. Malah ia juga sangat sedap, sesuai untuk, dihidangkan pada mereka yang tidak makan pedas. Seperti kanak-kanak atau orang yang sedang sakit.

Manakala tauge pula adalah sayuran yang mengandungi tinggi serat dan vitamin. Ia juga mengandungi antioksidan yang sangat elok untuk baik pulih fungsi otak. Tauge juga sangat sesuai diamalkan dalam permakanan harian kita terutamanya wanita yang ingin meningkatkan tahap kesuburan.

Jadi apakata kita melihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak lemak sayur tauge.

Resepi Lemak Tauge ( Resepi Ringak Masakan Kampung)

Bahan-bahan

  • Tauge RM1
  • Sekeping tauhu
  • Sebatang cili merah dihiris tebal
  • Sebiji bawang besar dibelh empat.
  • Ikan bilis 1 sudu makan
  • Santan satu peket kecil
  • Air secukupnya.

Kaedah

  • Gorengkan tauhu dahulu dan potong dadu. Ketepikan.
  • Bersihkan tauge. Ketepikan
  • Masukkan santan, ikan bilis, cili merah yang telah dihiris dan bawang merah yang telah dibelah empat. Masukkan air dalam secawan atau lebih jika suka cair.
  • Kacau sentiasa agar santan tidak pecah. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Apabila telah mengelegak, barulah masukkan tauge dan tauhu yang telah dipotong tadi.
  • Tutup api, boleh dihidang segera. Tauge tidak perlu masak lama kerana ia mudah lembik jika terlebih masak.
Menggunakan bahan yang sangat minima.

Untuk menghasilkan rasa tauge yang rangup, elak masak terlalu lama tauge tersebut. Menu ini sangat sedap dinikmati bersama ikan goreng berlada atau ikan masin bersama sambal belacan. Jadi jangan lupa untuk mencuba menu ini bersama lauk utama yang bersesuaian yang boleh dijadikan hidangan untuk keluarga. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!