Resepi Lemak Putih Kobis (Masakan Ringkas Konsep Kampung)

Seharian makan diluar,bila pulang rumah tentu inginkan sesuatu yang lebih ringkas bukan? Namun masih juga buntu,” nak masak apa yang sedap,sihat dan cepat?”

Kobis adalah antara sayur yang paling mudah ditemui dinegara ini. Namun begitu kobis juga popular dibeberapa negara lain. Boleh diperam seperti kimchi di Korea, dijadikan ‘cabbage roll’ yang diamalkan peminat diet. Terutama pengamal diet Keto dan Atkins yang menitik beratkan kandungan karbohidrat. Kobis mempunyai kandungan karbo yang sangat rendah. Ia juga mengenyangkan.

Menu yang Madam bawakan hari ini sesuai yang ingin berdiet. Sesuai bagi yang mahu masakan mudah,masakan murah dan paling penting sedap. Tambahan pula kobis adalah sayuran yang tinggi zat yang diperlukan badan.

Mari lihat bahan-bahannya sebentar.

Resepi Lemak Putih Kobis

Bahan utama

  • Kobis putih saiz kecil
  • Santan ½ peket kecil
  • Air secukupnya

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar dibelah 4
  • Cili merah/kering

Bahan rencah

Hiris kobis kasar-kasar.

  • Udang kecil satu mangkuk kecil

Kaedah

  • Masukkan santan dan air didalam periuk
  • Buka api dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah.
  • Masukkan kobis,masak hingga ia empuk.
  • Barulah masukkan udang, bawang dan cili.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.

Begitu mudah menu ini, ia hanya mengambil masa yang singkat.Enak dihidang bersama sambal belacan dan ikan masin. Atau ikan bilis goreng berlada. Boleh juga ditambah suhun dan fucuk atau pun tempe. Santan juga elok untuk kesihatan kerana ia adalah sejenis lemak sihat dan elok untuk jantung anda.

Jangan lupa untuk mencuba ya, dan sudilah mencuba resepi yang lain juga.

Give a Comment