Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Fucuk Dan Suhun ( Ringkas Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi ringkas dan amat mudah disediakan. Masak lemak fucuk dan suhun biasanya menjadi pilihan bagi mereka yang menggemari masakan berasaskan soya. Fucuk diperbuat lapisan atas air soya. Ianya diangkat kemudian dijemur hingga kering dan keras.

Fucuk dan suhun menjadi sumber protin yang mudah didapati kerana ia tahan lama.Jika anda ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Lemak Fucuk Dan Suhun 

Bahan-bahan

  • Santan 2 cawan
  • Bawang besar (belah empat)
  • Cili merah 1 ulas (hiris serong)
  • Kentang 2 biji (dipotong baji)
  • Segenggam ikan bilis
  • Kobis ½ saiz kecil (hiris)
  • ½ peket kecil suhun (atau lebih bergantung citasa)
  • 1 peket kecil fucuk.

Kaedah   

  • Mula masukkan separuh santan dalam periuk,tambah sedikit air.
  • Masukkan kentang dan masak sehingga ia empuk.
  • Kemudian masukkan terus bawang, cili merah, ikan bilis dan kobis.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tambahkan baki santan dan masa sehingga mengelegak.
  • Akhir sekali masukkan suhun dan fucuk.
  • Biarkan ia lembut dan sedia untuk hidangan.
  • Siap!

Masakan ini amat ringkas dan mudah untuk disedia jadi ia amat sesuai bagi anda yang inginkan sesuatu yang berkhasiat dan mudah. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!