Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Cili Api Telur Itik Mangga Muda (Resepi Masakan Kampung)

Resepi kali ini ialah sejenis masakan kampung. Masakan kampung terkenal dengan ciri ringkasnya. Ringkas namun sedap. Masakan lemak cili api sangat terkenal di Negeri Sembilan. Boleh dikatakan disitulah asalnya masakan lemak cili api.

Masak lemak cili api secara asasnya terdiri dari cili api,kunyit hidup dan santan. Jadi semua masakan lemak cili api harus mempunyai ciri ini. Jika tidak bukan “masak lomak namo ea.” Oleh itu hari ini Madam akan kongsikan satu resepi mudah. Untuk menyiapkannya mengambil masa kurang 15 minit.

Sebelum itu mari lihat bahan-bahannya dahulu.

Resepi Lemak Cili Api Telur Itik Mangga Muda (Resepi Masakan Kampung)

Bahan utama

  • 2 biji telur itik
  • 1 biji mangga susu (mangga muda)

Bahan-bahan kuah

  • Segenggam cili api
  • Santan 1 biji kelapa
  • Asam keping setengah keping
  • Sehelai daun kunyit.
  • Air secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya.
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula rebus telur itik didalam air panas berisi 2 sudu makan cuka, ini untuk mengelakkan telur pecah didalam kuah lemak. Ketepikan.
  • Kisar cili api dan separuh peket santan.Tuangkan kedalam periuk.
  • Masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan sedikit air.
  • Kacau selalu agar santan tidak pecah. Biar mengelegak sedikit.
  • Kemudian masukkan telur dan mangga, kacau sebati.
  • Tambahkan santan pekat dan air agar ia tidak terlalu pekat.
  • Masukkan daun kunyit yag dihiris.
  • Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap.
Mangga muda yang digunakan ialah yang bijinya belum keras.

Mangga muda adalah antara rencah yang sesuai dengan lemak telur itik. Selain dari mangga muda, belimbing buluh juga sangat sesuai. Telur itik perlu dimasak asing jika tidak mahu kuahnya terlalu pekat. Malah rasanya lebih sedap, lemak santan juga lebih cantik kuningnya.

Apakata anda mencubanya dihujung minggu bagi hidangan tengahari, jamukan ia bagi tetamu yang mengemari hidangan masakan kampung. Anda pasti suka pada rasa lemak-lemak masamnya.

Resepi Lain Yang Menarik

Inilah resepi lemak cili api paling ringkas dan sangat sedap. Anda perlu mencubanya. Selain dari itu,laman web ini juga mempunyai banyak resepi lain yang menarik serta telah dicuba. Selamat mencuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!