Resepi LCA Telur Itik Dan Rebung Jeruk Sedap Giler

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan kampung yang mudah dan sedap. Lemak cili api telur itik adalah antara masakan yang murah dan murah disediakan.

Manakala rebung adalah sejenis makanan yang diperolehi daripada buluh yang masih muda. Rasanya amat sedap berlemak. 

Bagi anda yang kepingin masakan kampung dan mencari idea masakan makan tengahari ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 4 biji telur itik
  • 1 bungkus kecil rebung jeruk

Bahan kisar

  • Segenggam cili api
  • Air secukupnya¬†
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.

Bahan lain

  • Santan dari 1 biji kelapa
  • 1 keping asam keping

Kaedah

  • Bersihkan rebung dan tos dahulu.
  • Kemudian masukkan bahan kisar kedalam periuk.
  • Tambah separuh dari santan dan buka api.
  • Tambah serbuk kunyit jika kurang kuning.
  • Masukkan asam keping.
  • Apabila kuah mengelegak masukkan baki santan dan garam serta serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau sebentar dan tambahkan rebung jeruk.
  • Tambahkan air jika ia terlalu pekat
  • Kemudian pecahkan telur itik satu persatu.
  • Masakan sehingga telur masak.
  • Siap!

Jika boleh carilah rebung yang masih segar dan berwarna putih. Namun kerana ia sukar ditemui maka anda boleh cuba rebung jeruk. Basuh bersih agar ia tidak terlalu masam. Apapun diharap anda akan sudi mencuba resepi ini, semoga berjaya!

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Bihun Goreng Biasa Paling Sempoi Giler

Next Article

Resepi Ice Lemon Tea Sedap Menyegarkan Tekak