Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lasagna Cikgu Syu (Sedap Mengancam)

author name

📄

Resepi  berikut merupakan salah satu resepi masakan Itali yang paling popular di negara kita. Lasagna adalah sejenis makanan berasaskan pasta yang mempunyai tiga lapisan. Lapisan-lapisannya ialah lapisan sos merah, sos putih, lasagna dan parutan keju mozarella.

Resepi ini telah diolah oleh jiran saya sendiri yang sangat handal memasak masakan Barat. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsikan resepi ini. Berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lasagna Cikgu Syu ini

Resepi Lasagna Cikgu Syu

Bahan sos merah

  • 2 tin kecil sos pasta tradisional (apa-apa jenama)
  • 300g daging atau ayam kisar
  • 1 tin cendawan butang dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana) dipotong dadu
  • Lada benggala (pilihan)
  • 2 sudu teh serbuk oregano 
  • 2 sudu teh lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan kuali, tambahkan butter
  • Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih
  • Masukkkan isi ayam atau daging.
  • Masak sehingga masak, kemudian masukkan cendawan dan  lada benggala.
  • Kemudian masukkan sos pasta dan gaul hingga semua bahan sebati.
  • Taburkan serbuk oregano dan lada hitam.
  • Kemudian sejukkan.

Bahan sos putih

  • Susu full cream 1 kotak
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter (50g) 
  • Garam 
  • Cheese slice (cheddar) 4 keping

Kaedah

  • Panaskan butter, masukkan tepung, kacau.
  • Masukkan susu dan cheese kacau sebati sampai pekat
  • Masukkan garam, sejukkan.

Bahan lain

  • Lagsana 1 kotak
  • Mozarela slice (parut)

Penyediaan lasagna (10 org makan)

  • Mula-mula rendam lasagna degan air panas 10 min (Jgn rendam bertindih)
  • Gris bekas yang sesuai
  • Lapisan pertama : letak sos merah then sos putih then kulit lasagna 
  • Lapisan kedua :ulang 2 kali
  • Lapisan paling atas tutup moza cheese
  • Bakar 180c anggaran masa 20-30 minit
  • Siap

Resepi ini sesuai untuk dimakan lebih kurang 10 orang, jadi ia amat sesuai dijadikan hidangan didalam majlis jamuan atau rumah terbuka. Lasagna amat sesuai dijadikan hidangan untuk mereka yang tidak makan pedas. Cara membuatnya juga tidaklah susah, anda juga boleh menyediakan ia. Paling penting anda boleh berjimat kerana harganya agak mahal jika dibeli direstoran. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *