Resepi Kulit Karipap Mudah ( Sesuai Juga Untuk Bekukan)

Resepi kali ini ialah kategori pastri. Pastri adalah sejenis doh yang , diperbuat dari tepung, air dan lemak. Sumber lemak yang digunakan selalu biasanya ialah butter, marjerin atau minyak sayuran. Tapi yang biasa digunakan di cafe-cafe luar negara ialah butter. Ini kerana ia lebih murah berbanding dinegara kita.

Manakala dinegara kita kulit pastri diperbuat dari margerin kerana ia lebih murah. Pastri banyak diguna sebagai kulit cheesetart, sardin roll dan beberapa lagi menu popular lagi. Bagaimanapun resepi pastri ini telah lama diguna oleh emak-emak kita zaman 70an dahulu. Ia digunakan sebagai kulit karipap. Lemak yang digunakan ialah yang paling mudah didapati,iaitu minyak masak.

Mari lihat bahan-bahan kulit karipap paling mudah ini.

Resepi Kulit Karipap Mudah ( Sesuai Juga Untuk Bekukan)

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum.
  • Garam secubit
  • 3 sudu makan minyak masak yang telah dipanaskan.
  • Air suam secukupnya.

Kaedah

  • Campurkan tepung dan garam serta kacau agar ia sebati.
  • Masukkan minyak panas satu sudu demi satu sudu.
  • Kacau guna senduk agar ia berbintil-bintil.
  • Akhir sekali masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul hingga ia menjadi doh ¬†yang tidak melekat-melekat lagi.
  • Uli guna tangan agar ia menjadi lebih lembut dan mudah untuk dicanai nanti.
  • Rehatkan doh selama setengah jam sebelum dicanaikan menjadi kulit karipap.
  • Cara untuk buat karipap
  • Ambil doh sebesar bola tenis, kemudian canaikan menjadi bulat dan masukkan dalam acuan karipap,isi inti dan kelim.
  • Setelah habis kelim,bolehlah karipap ini digoreng. Goreng dengan minyak yang betul-betul panas agar ia menghasilkan kulit yang mengerutu. Toskan minyak sebelum dihidang.
Madam suka karipap yang mengerutu kulitnya.

Kulit karipap ini sangat mudah. Bahan yang digunakan juga tidak banyak. Sukatannya sebenarnya boleh diagak-agak. Jika anda masih baru dalam dunia masakan.anda boleh cuba resepi ini,tambahan pula sukatan ini hanya menghasilkan 10 biji saiz besar karipap.

Jika anda ingin bekukan ia,goreng sekadar untuk mematikan tepungnya agar ia tahan lama dalam peti ais beku.Jadi goreng ia sebentar sahaja, alihkan serta sejukkan sebelum dibekukan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment