Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Tart Nenas Gulung Klasik Femes Dari Dulu

author name

Resipi kali ini merupakan resipi biskut raya yang sangat popular dan digemari oleh ramai orang. Ianya tidak pernah pudar daripada permintaan ramai kerana keenakan inti nenas dan juga pastry yang cair didalam mulut. Ada banyak versi yang terdapat di internet namun perkongsian kali ini akan membawa kepada anda resipi biskut tart gulung yang cair ke dalam mulut dan gebu tetapi sangat mudah untuk disediakan.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ringkas ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan anda.

Bahan A

  • 2tbsp gula halus 
  • 2 tbsp susu manis 
  • 250g butter
  • 1tbsp minyak sapi
  • 1tsp esen vanila
  • 1 biji telur kuning

Bahan B

  • 21/2 cup tepung gandum
  • 21/2 cup tepung kastad
  • 2tbsp tepung jagung

Gris

  • 1 biji kuning telur
  • 1tbsp air
  • 1tsp pewarna kuning telur

Kaedah

  • Pukul/kacau guna spatula butter bersama minyak sapi,susu manis dan gula halus hingga gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Kacau hingga kuning telur sebati dengan adunan.
  • Kemudian tambah esen vanila untk hilangkan hanyir telur tadi.
  • Masukkan bahan B mula dengan tepung jagung, kemudian tepung kastad.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan masukkan sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu keras.
  • Bila telah siap masukkan kedalam acuan tart gulung.
  • Tekan adunan dan pastikan ia sama panjang.
  • Letak inti yang telah dibulatkan tidak terlalu kecil atau besar.
  • Gulung dan habiskan semua aduanan.
  • Bakar pada suhu 160c selama 20min.
  • Keluarkan sebentar dan gris dengan campuran kuning telur,sesudu air dan juga pewarna.
  • Ini untuk mendapatkan warna yang cantik.
  • Sambung bakar 5 min untuk mengeringkan sapuan tadi.
  • Sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selain digulung ia juga boleh jadikan bulat seperti tart landak dimana caranya sedikit rumit namun tetap memberi rasa yang sama dan sangat enak. Apa pun jangan lupa untuk mencuba resipi ini dan pastinya ia akan digemari keluarga anda. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.