Resepi Kuih Koci (Kuih Popular)

Resepi kali ini merupakan resepi kuih yang biasa dihidangkan diwaktu minum petang atau sebagai sarapan pagi. Kuih koci adalah sejenis kuih yang menggunakan tepung pulut dan diisi dengan inti kelapa. Kuih yang berasas kelapa seperti ini sangat popular dinegara kita ini. 

Kuih ini dibungkus menggunakan daun pisang dan dikukus hingga masak. Penggunaan daun pisang memberi satu aroma yang sangat wangi apabila kuih koci dikukus. Ini juga memelihara kuih koci agar tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.Kali ini Madam akan kongsikan resepi ini dan cara-cara membuatnya. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kuih Koci (Kuih Popular)
Bahan untuk doh

  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti

  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air

Bahan lain

  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut (potong 5 inci x 5 inci)
  • Minyak masak secukupnya 
  • 1 cawan pati santan dan secubit garam

Kaedah

Untuk Inti

  • Mula-mula kelapa diparut putih atau beli yang telah siap diparut putih. 
  • Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. 
  • Masak hingga gula hancur. 
  • Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. 
  • Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
  • Angkat dan sejukkan.

Untuk Doh

  • Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. 
  • Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. 
  • Jika kurang air tambah sedikit lagi.

Cara-cara membuat kuih koci

  • Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  • Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.
  • Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing-masing.

Rasa kuih koci ini sangat sedap kerana tepung pulut menghasilkan rasa kenyal-kenyal. Apabila ia digigit, akan terasa masin santan bersama manis inti kelapa parut tadi. Penggunaan daun pandan, gula melaka sendiri menghasilkan aroma yang menyelerakan. 

Resepi ini akan menghasilkan sekitar 15 ketul kuih, jadi amat sesuai jika anda mencuba resepi ini untuk dihidangkan kepada tetamu-tetamu anda. Jadi selamat mencuba ya!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *