Resepi Kuih Bom Yang Oldskol Tapi Sedap Sangat

Resepi ini merupakan satu lagi resepi kuih yang popular sekitar tahun 80-90 an. Ianya biasanya dijual digerai yang menjual kuih muih. Cara membuatnya amat mudah namun ia perlu disediakan lebih awal agar yis dapat bertindak balas. Kemudian selepas ia digoreng ia akan menjadi besar dan bulat,sebab itu namanya kuih bom.

Paling sedap dihidang sebagai menu minum petang dan dinikmati bersama secawan kopi O, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan air
  • 1 tsp yis 
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tbsp marjerin
  • 2 ½ cawan tepung gandum

Kaedah

  • Mula masukkan yis dan gula didalam air.
  • Perlahan-lahan tambahkan marjerin dan juga tepung.
  • Gaul sebati, adunan sepatutnya menjadi pekat likat seperti cekodok.
  • Biarkan sekurang-kurangnya 6 jam.
  • Panaskan kuali dengan mintak panas.
  • Dengan tangan yang basah ambil adunan dan goreng agar ia menjadi bebola seperi bom.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap!

Tindak balas dari yis dan gula ini memberi tekstur yang lembut dan lebih manis, sebaiknya sediakan ia awal 6-8 jam agar adunan naik 2 kali ganda . Ia sesuai jika anda hidangkan sebagai menu sampingan minum petang bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *