Resepi Korean Spicy Calamari (Masakan Korea)

Satu lagi resepi yang diinovasi dari masakan korea. Sejak kebelakangan ini negara kita dibanjiri dengan pelbagai jenis masakan dari luar negara seperti Korea. Resepi Korean Spicy Calamari adalah sejenis resepi menggunakan sotong yang digoreng dengan tepung dan kemudian dicurahi dengan sos Korea. 

Sos ini boleh dibeli dikedai, namun untuk anda yang tidak mempunyai sos ini, berikut adalah resepi dan bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Resepi Korean Spicy Calamari
Bahan-bahan

  • Sotong saiz besar yang dipotong bulat 
  • (basuh bersih toskan dan gaul dgn tepung pedas bestari)

Sos

  • 2 ulas bawang putih cincang halus
  • 2senduk lada kisar
  • 2senduk sos cili thai
  • 3 sudu besar madu lemon
  • Serbuk lada hitam
  • Perisa pati ayam
  • Bijan disangai

Kaedah 

  • Goreng sotong sehingga garing, ketepikan.
  • Tumis bawang putih hingga wangi
  • Kemudian masuk lada kisar, goreng sehingga cili garing.
  • Kemudian gaul sebati masuk madu, lada hitam, gaul hingga agak pekat sedikit.
  • Masukkan sotong yg telah digoreng awal tadi.
  • Gaul sekejap dan tutup api.
  • Tabur bijan 
  • Siap!

Cara mudah untuk mengaul sotong dengan tepung ialah dengan meletakkan ia didalam mangkuk yang berisi tepung dan goncangkan ia. Masakan ini paling sedap dimakan ketika panas-panas bersama nasi atau dijadikan sebagai makanan pembuka selera atau sebagai snek. Jika anda suka pedas anda boleh tambah cili api dalam cili kisar. Bijan juga adalah pilihan jika anda tidak suka anda tidak perlu tambah bijan.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Spicy Chicken Wing

Resepi Ayam Madu Goreng

Resepi Sotong Sambal Nampla

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Sotong Singgang (Katok Serai)

Next Article

Resepi Sotong Masak Hitam (Citarasa Berbeza)