Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Korean Chicken Wing (Masakan Viral)

author name

📄

 Resepi kali ini merupakan satu lagi resipi masakan viral Korea. Resepi yang dipinjam daripada Korea ini mula membanjiri negara kita sejak akhir-akhir ini. Ini kerana ia mempunyai rasa yang sangat sesuai dengan citarasa orang kita. Contohnya resepi kita kongsikan kali ini menggunakan kepak ayam yang digoreng bersama tepung kemudian salut dengan sos Korea. Kali ini kita menggunakan sos Korea jenama Adabi yang banyak dijual.

Resepi ini sangat mudah untuk disediakan malah ia boleh di sediakan lebih awal, oleh itu ia sesuai bagi anda yang sering kesibukan untuk masak. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini.

Resepi Korean Chicken Wing

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam
  • 3 ulas bawang putin dan ½ inci halia (tumbuk lumat dan perap dengan ayam)

Kaedah

  • Goreng kepak ayam dengan tepung bestari dan ketepikan

Bahan-bahan sos korea

  • 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)
  • 2 sudu sos korea
  • 1 1/2 sudu cuka
  • 1 sudu gula perang 
  • 1 1/2 sudu madu
  • Garam secukup rasa
  • Tumis bawang putih sampai garing dan masukkan pes cili.
  • Apabila ia telah naik minyak, masukkan sos.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan cuka,gula perang, madu dan sedikit garam.
  • Tunggu sejuk sebentar baru masukkan kepak ayam yang telah digoreng.
  • Hiaskan dengan bijan yang telah disangai.
  • Siap!

Masakan ini agak pedas kerana itu adalah antara trademarknya ia perlu pedas jika tidak ia tidak jadi ayam masak Korea. Namun begitu jika anda ingin hidangkan kepada kanak-kanak mungkin anda boleh mengurangkan sukatan sos Korea sebaliknya menggunakan sos Tomato sahaja. Terpulang kepada citarasa anda namun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *