Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi (Sedap Mengasyikkan!)

Ketam Masak Lemak Cili Padi merupakan hidangan yang amat mewah dan lazat. Rasa lemak manis cili padi bersama ketam merupakan kombinasi yang amat sedap.

Kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Ianya mudah untuk disediakan! Jadi jangan khuatir, anda juga boleh masak!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ibu Husna Najla di laman Facebook dan mendapat banyak likes.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

ketam-masak-lemak-cili-api
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 ekor ketam bunga
  • Seulas bawang putih
  • Seulas bawang merah
  • 5 biji cili padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • Sebiji tomato
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • Sepotong nanas
  • Secawan santan

Cara – cara memasak:

  1. Tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk dengan sedikit air bersama asam keping & serai. Masak sekejap sehingga kering air.
  3. Masukkan ketam dan tambah sedikit air. Biarkan sampai mendidih.
  4. Kecilkan api. Masukkan santan & nanas.
  5. Biarkan sampai mendidih.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api, letakkan tomato & taburkan sedikit daun kunyit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!