Resepi Kerabu Tauge Kerang (Sihat Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kerabu yang ringkas. Kerabu adalah sejenis menu sayur yang dimakan mentah selepas ia digaul dengan beberapa bahan lain. Antara bahan-bahan yang biasa diguna ialah bawang merah, cili api, bunga kantan, kerisik, santan dan banyak lagi bahan-bahan yang biasanya mempunyai aroma yang kuat.

Dalam resepi yang Madam akan kongsikan kali ini, kerabu tauge ini menggunakan isi kerang sebagai ramuan utamanya. Namun jika anda mempunyai elergik anda boleh singkirkan kerang. Berikut adalah bahan-bahannya dan cara untuk membuat kerabu tauge ini.

Resepi Kerabu Tauge Kerang (Sihat Sedap)

Bahan-bahan

  • 250gm taugeh- celur dan toskan
  • 500gm isi kerang
  • kacang kelisa/botol – dihiris
  • sedikit belacan-tumbuk
  • 2 biji cili merah-tumbuk
  • 10 biji cili padi- boleh tambahkn atau kurangkan-tumbuk
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai-hiris halus
  • 2 batang bunga kantan- hiris halus

Kaedah 

  • Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk gaul hingga sebati.
  • Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati
  • Siap dan bolehlah dihidangkan

Amalan makan kerabu ini amat baik, kerana ulam-ulaman yang digunakan masih mempunyai zat dan mineral yang tinggi. Ini kerana ia tidak dimasak, hanya digaul dengan beberapa bahan yang berperisa dan wangi. Oleh itu ia mempunyai kandungan kalori yang rendah dan mikronutrisi yang baik. Jadi bagi anda yang tidak pernah mencubanya, cubalah resepi ini hari ini ya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Nasi Goreng Bakibaki (Guna Baki Lauk)

Next Article

Resepi Apam Pisang Tanpa Telur (Ringkas Dan Sedap)