Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Victorian Sandwich Yang Gojes Dan Viral

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi kek yang sangat popular di UK. Victorian Sandwich Cake adalah kek pound yang diisi dengan strawberi compote iaitu seperti jem strawberi tetapi ia lebih ringkas dan sedap.Biasanya krim yang digunakan ialah buttercream atau whipping cream. Akhir sekali dibahagian atasnya akan dihiasai dengan buah strawberi.

Kek ini sangat mudah disediakan terutama bila kita punya lebih buah strawberi. Apakata anda cuba sendiri resepi ini berdasarkan bahan-bahan yang dikongsi kali ini.

Bahan-bahan

Kek Pound

  • 250g butter
  • 200g gula halus 
  • 1 tsp esen vanila 
  • 250g telur ( lebih 5 biji gred B)

Ayak

  • 250g tepung gandum 
  • 1 tsp baking powder 

Kaedah

  • Pukul butter dengan gula sehingga kembang dan pucat.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sedikit demi sedikit agar setiap bancuhan benar-benar sebati.
  • Masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali kaup balik tepung sedikit demi sedikit 
  • Masukkan dalam loyang saiz 8” bulat
  • Bakar pada suhu 160c selamat 40-60 minit
  • Siap dan sejukkan 

Strawberi compote

  • 1 pek buah strawberi (segar atau beku)
  • Gula halus (anggarkan manis)

Kaedah

  • Masukkan buah strawberi dan tambahkan gula
  • Buka api dan masak dengan api sederhana sambil kacau agar sebati.
  • Masak sehingga ia menjadi pekat. Sejukkan dan simpan didalam petiais.

Krim Putih

Bahan-bahan

  • 50g cream cheese – pukul dan diketepikan
  • 100ml whipped cream 
  • 50g gula halus

Kaedah

  • Pukul krim putar dengan gula hingga sebati
  • Kemudian kaup balik dengan cream cheese telah dipukul awal tadi,

Penyediaan kek 

  • Belah kek kepada 3 lapisan, kemudian dengan guna beg piping paipkan krim putih tadi.
  • Kemudian masukkan strawbery compote telah yang dibuat awal.
  • Tambahkan buah strawberi segar dibahagian sisi kek.
  • Ulang lapisan seterusnya.
  • Hiasi atas kek dengan krim dan buah strawberi segar.
  • Siap!

Asal kek ini amat ringkas, ia hanya menggunakan jem strawberi sahaja, sebab itu namanya sandwich kek. Namun bila zaman telah beredar, kini kek ini mulai dihiasi mengikut citarasa masyarakat kini. Ia mulai diisi dengan krim dan buah strawberi yang segar. Apapun diharap anda akan sudi mencuba resepi menarik ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *