Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Ogura Yang Viral Senang Sangat Buatnya

Resepi kali ini akan membawa kepada anda resepi kek yang menarik yang mulai popular sejak akhir-akhir ini. Kek Ogura merupakan sejenis kek chiffon yang berasal dari Jepun. Nama Ogura hanyalah nama samaran dalam bahasa Jepun. 

Berbeza dengan kek chiffon kek Ogura dibakar menggunakan loyang bulat yang biasa berbanding kek chiffon yang menggunakan loyang khas chiffon yang mempunyai lubang dibahagian tengahnya. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan A

  • 5 biji kuning telur + 1 biji telur
  • 70g susu
  • 60g minyak sayur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 90g tepung gandum/kek

Bahan-bahan B (Meringue)

  • 5 biji putih telur
  • 1 sudu teh garam
  • 90g gula halus

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c 
  • Griskan dan letakkan kertas pada loyang bulat saiz 8” 
  • Pukul bahan A hingga sebati
  • Kemudian bekas lain sediakan meringue iaitu bahan B
  • Kaup balik bahan A dan B hingga sebati
  • Bakar selama 40 min dirak atas dan ubah ke rak bawah selama 20-30 minit

Kek Ogura ini boleh diberi sentuhan dengan pelbagai rasa seperti pandan mahupun oren. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan berspan. Amat penting untuk menggunakan saiz loyang yang betul. Diharap anda akan berjaya menyediakan kek ini. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!