Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marmar Gebu (Lain Macam Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi kek yang agak popular di kalangan orang kita. Kek Mamar gebu atau nama lainnya kek marble menggunakan bahan yang biasa didapati dalam kebanyakan resepi kek. Perbezaan dalam resepi ini ialah penggunaan ovalette. Bahan inilah yang telah menghasilkan rasa gebu di dalam kek ini.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini dan merasai kegebuaan kek ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat kek marmar gebu.

Resepi Kek Marmar Gebu

Bahan-bahan

  • 150g marjerin/butter (cairkan)
  • 180g gula halus/castor
  • 5 biji telur gred B
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar ovalet
  • 220 g tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan lain

  • 1 sudu teh serbuk nescafe
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • *Bancuh kedua bahan ini dengan sedikit air panas sehingga menjadi pes.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 180c.
  • Sediakan loyang bulat saiz 8”,gris dan lapik dengan kertas minyak.
  • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik, ketepikan.
  • Cairkan marjerin, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan kecuali marjerin didalam mangkuk pengadun.
  • Pukul semua bahan dengan kelajuan yang sederhana.
  • Naikan kelajuan apabila semua bahan telah sebati.
  • Hentikan mesin pengadun, apabila adunan mulai kembang.
  • Kaup balik marjerin cair tadi sehingga adunan sebati dan berlipat-lipat.
  • Ambil sedikit adunan vanila ini dan tambahkan dengan dengan pes coklat.
  • Semasa masukkan adunan didalam loyang kek, selang selikan adunan.
  • Akhir sekali lorek dengan chopstik atau garfu untuk mendapatkan corak marmar.
  • Bakar pada suhu 180c selama 45min.
  • Apabila telah cukup masa, uji dengan lidi untuk memastikan kek cukup masak. Jika tidak bakar lagi 10 min.
  • Apabila telah masak, biarkan kek didalam loyang selama 10 min baru keluarkan.
  • Potong kek apabila kek telah sejuk.
  • Siap!

Kek ini dinamakan kek marmar kerana ia mempunyai corak seperti marmar. Bancuhan koko dan nescafe digunakan bagi mendapatkan corak marmar dalam kek ini. Namun selain dari itu anda juga boleh menggunakan beberapa warna bagi mencorakkan ia menjadi lebih cantik. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *