Resepi Kek Keju Tanpa Bakar (Yang Asas Untuk Diubahsuai )

Kek keju atau yang biasa dipanggil cheese cake ialah sejenis pencuci mulut yang diperbuat dari keju dan beberapa bahan seperti telur,gula dan buah-buahan. Ia sangat lembut,lembab dan amat mengasyikkan. Namun ia tidak mempunyai lapisan,seperti kelazimannya sebuah kek.

Oleh kerana keadaannya yang lembut ia memerlukan satu lapisan bawah sebagai dasar yang terdiri biskut digestive, oreo, kekacang yang dikisar bersama kelapa atau kadang-kadang kek span. Cheesecake mempunyai dua kaedah untuk dibuat. Ia boleh dibakar atau disejukkan.

Resepi yang Madam bawakan kali ini,ialah jenis tidak dibakar. Namun rasanya tetap mengasyikkan. Maka sebelum kita pergi lebih jauh, mari lihat bahan-bahannya dahulu.

Resepi Kek Keju Tanpa Bakar (Yang Asas)

Bahan-bahan

Dasar

  • 3-4 keping biskut digestive
  • 50g butter cair

Bahan-bahan inti

A

  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 sudu besar lemon jus (pilihan)
  • 140ml yogurt asli

B

  • 1 ½ sudu besar gelatin
  • 50 ml air panas

C

  • 150 ml krim putar (putar hingga gebu)

Kaedah

  • Untuk dasar,kisar biskut digestive dan tambahkan dengan butter cair hingga ia boleh dikepal. Ratakan ia didalam loyang bersaiz 7”. Sejukkan didalam peti ais.
  • Untuk bahagian inti, mula-mula rendam bahan B dahulu iaitu gelatin dan air panas,kemudian ‘double boil’ ia hingga ia menjadi jernih.
  • Mula pukul bahan A, masukkan bahannya satu persatu hingga sebati. Masukkan bahan B yang telah jernih tadi. Akhir sekali masukkan krim putar yang telah dipukul tadi.
  • Kaup balik semua bahan hingga gebu dan sebati.
  • Tuangkan adunan ini kedalam loyang yang telah diisi dasarnya tadi.
  • Sejukkan didalam petiais selama sekurang-kurangnya 6 jam.

Selepas 6 jam disejukkan.Keluarkan ia dengan mengunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu. Sisip pisau di bahagin tepi kek tersebut. Kemudian perlahan-perlahan terbalikkan diatas pinggan,terbalikkan semula keatas papan kek.KIni bolehlah dihiasi ia dengan ‘topping’ seperti jem blueberry atau strawbery.

Kek keju seperti ini,sememangnya agak mahal jika dijual dikedai. Jadi jangan lupa mencuba resepi ini. Anda boleh berjimat banyak sambil menjamu tetamu. Terima kasih kerana berkunjung ke website,jangan lupa juga mempunyai koleksi pelbagai resepi.

Total
0
Shares
Previous Article
nasi-lemak-ayam-goreng-berempah

Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah (Lazat dan Menyelerakan)

Next Article

Resepi Macaroon (Resepi Mewah Bergaya Pasti Jadi)