Resepi Kek Karamel (Resepi Buat Untuk Meniaga)

Resepi kali ini adalah resepi yang mengabungkan tiga manisan dalam satu kek. Kek Karamel, adalah gabungan karamel (gula hangus), puding dan kek chiffon. Jadi resepi ini sememangnya agak rumit. Namun jika anda seorang baker yang suka cabaran, kek ini adalah jawapannya.

Bagi anda yang biasa membuat kek chiffon pasti anda faham akan pembuatan kek chiffon yang lazimnya memerlukan telur putih dipukul berasingan. Iaitu meringue, untuk membuat meringue kita perlu mengikut beberapa pantang larang. Contohnya bekas untuk memukul telur putih mestilah bersih dari sebarang gris atau air. Putih telur pula tidak boleh ada tercampur dengan kuning telur langsung. Selain dari ianya tidak boleh diterlebih pukul, kerana dikhuatiri kek chiffon akan merekah.

Tampak cerewet bukan?,namun percayalah sekali anda mencubanya dan tetamu anda menyukainya anda pasti ingin cuba lagi. Jom lihat bahan-bahannya.

Resepi Kek Karamel (Resepi Yang Boleh Buat Niaga)

Bahan karamel (Gula hangus)

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan-bahan puding

  • ½ susu cair
  • 70g gula kastor
  • ½ esen vanila
  • 3 biji kuning telur

Bahan-bahan kek ciffon

A

  • 140g tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 70g kuning telur
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak

B

  • 6 biji telur putih
  • 70g gula kastor
  • 1 sudu teh cream of tartar

Kaedah

Panaskan oven, Sediakan loyang bersaiz 8” bulat tapi jangan griskan loyang. Tidak perlu juga lapik dengan kertas minyak.

Karamel

  • Taburkan gula dalam loyang kek,kemudian panaskan atas api yang kecil.Tujuannya agar gula menjadi sampai perang (karamel).
  • Tutup api dan alihkan loyang tadi.

Bahagian puding.

  • Bancuh bahan-bahan puding bermula dengan susu,gula kemudian diikuti dengan telur dan esen vanila. Kacau sekadar sebati tapi jangan sampai berbuih.
  • Tuang perlahan-lahan dalam loyang yang telah dibuat karamel (gula hangus) tadi.

Bahagian kek chiffon

  • Ayak tepung bersama serbuk penaik dahulu.
  • Pukul telur bersama air hingga ia kembang.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Bila telah sebati,masukkan minyak masak. Gaul rata.
  • Buat meringuenya pula.
  • Pukul bahan B iaitu telur putih sehingga ia putih,tambah gula sedikit demi sedikit dan diisudahi dengan cream of tartar. Pukul hingga meringue bertanduk dan tidak bergerak bila diterbalikkan.
  • Kemudian tambahkan ia kepada bahan A yang  telah dipukul sebati tadi. Kaup balik sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi gebu.
  • Asingkan adunan ni kepada 3 bahagian untuk 3 warna, boleh juga jika inginkan 2 warna.
  • Tuang adunan berwarna ini secara selang seli kedalam loyang berisi bancuhan puding tadi sehingga habis semua adunan tersebut.
  • Bakar ia dengan teknik “steambath” selama 40 min.
  • Bila telah masak, biarkan ia sejuk dahulu sebelum menterbalikkan ia. Ini untuk mengelakkan karamel puding pecah.
Kali ini,Madam mengguna warna hijau dengan dua tona.

Kek ini sangat sedap dinikmati ketika sejuk.Ia kurang manis jadi bagi orang telah berumur kek ini sangat sesuai. Resepi jika anda ingin jual,anda boleh bakar dalam bekas yang lebih kecil.

“Steam bath” adalah satu teknik membakar mengguna air panas yang mendidih,ia dibakar bersama kek. Letakkan air panas didalam loyang lebih besar dari loyang kek untuk kek karamel.

Jadi apakata anda mencubanya hujung minggu nanti. Anda pasti tidak akan rugi,kerana keenakkan rasanya yang jika anda makan, pasti akan pejam-pejam mata dek kerana sangat mengasyikkan.

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

Resepi Puding Karamel

Resepi Swiss Meringue Buttercream

Resepi Mousse Strawberi Coklat

Give a Comment