Resepi Kek Coklat Moist (Pasti Jadi Sesuai Niaga )

Resepi ini telah ada dinegara kita lebih dari 20 tahun. Tetapi ia mempunyai pelbagai versi. Ada yang guna butter,minyak,koko,coklat,gula castor,gula perang. Teknik memasaknya juga berbeza, ada yang dibakar dan yang dikukus. Kesemua perbezaan ini, bagaimanapun tidak dapat menafikan satu perkara. Kek Coklat Moist sangat sedap,lazat dan mengoda!

Masa beredar,kini resepi coklat moist makin mudah dan murah. Namun rasanya tetap mengoda. Masih digilai ramai, masih menjadi pilihan dalam pelbagai majlis. Madam sendiri masih menerima tempahan kek coklat moist ini. Yang membezakan ia ialah ‘topping’nya.

Resepi hari ini ialah resepi coklat moist paling banyak digunakan. Paling mudah dibuat kerana ia hanya perlukan cawan dirumah. Sukatan ini ialah sukatan satu resepi untuk loyang saiz 7″ bulat.

Resepi Kek Coklat Moist (Sesuai Niaga)

Bahan-bahan A

  • 1 cawan besar tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh soda bikabornat
  • ½ sudu teh garam

Bahan-bahan B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat

Bahan-bahan C

  • Telur gred A 2 biji
  • 1 sudu teh esen vanilla

Kaedah

  • Panaskan pengukus dan griskan loyang saiz 8’ dan lapikkan dengan kertas minyak.
  • Seterusnya, ayak bahan-bahan A dahulu dan ketepikan.
  • Letakkan bahan-bahan B dalam periuk dan masakkan dengan api kecil. Kacau jangan biar ia hangit. Cukup sekadar gulanya larut, tutup api. Biar ia sejuk sedikit.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul sebati. Tambahkan esen vanilla.
  • Sekarang tambahkan bahan-bahan  A yang telah diayak.
  • Kaup balik hingga bancuhan menjadi sebati.
  • Tuang kedalam loyang yang telah siap digris tadi.
  • Kukus didalam pengukus selama 40 minit. Pastikan api tidak terlalu panas supaya ia masak rata dan tidak pecah tengah.
  • Apabila telah masak , cucuk dengan lidi untukmemastikan ia masak sepenuhnya. Biarkan seketika didalam loyang. Ia untuk mengekalkan bentuknya. 
  • Tunggu sejuk sebelum dihias dengan ganache coklat.

Resepi kali ini dimasak menguna pengukus, rasanya lebih lembap. Bagaimanapun ada resepi coklat moist menggunakan teknik bakar. Rasanya sedikit berbeza tapi masih sama mengoda.

Oleh itu, jangan lupa mencuba resepi ini. Sukatannya sangat mudah diingati. Semuanya satu cawan kecuali susu manis,dan telur 2 biji. Mudah bukan?

Jangan lupa cuba resepi lain ya,kerana kami mempunyai pelbagai koleksi resepi yang boleh dicuba.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Buttercream (Tahan Panas Dan Stabil)

Next Article

Resepi Pavlova (Mewah Bergaya Dan Sedap)