Resepi Kek Coklat Fudge ( Mewah Dengan Coklat)

Resepi kali inj merupakan resepi kek coklat. Kek coklat seperti yang kita ketahui, merupakan kek kegemaran ramai diseluruh pelusuk dunia. Semua orang suka kek coklat. Namun kek coklat ada banyak versi. Ada yang dibakar, dikukus, malah yang dibekukkan sahaja pun ada. Dan kebanyakkan resepi ini menggunakan serbuk koko, telur dan tepung. 

Namun yang membezakan ia ialah penggunaan lemak, ada yang menggunakan minyak dan ada yang menggunakan butter. Resepi Madam bawakan kali ini menggunakan butter, ini adalah sebagai satu kelainan. Butter agar rasanya lemak dan baunya juga lebih wangi. Penggunaan jenis butter juga memainkan peranan, contohnya ‘pure butter’ memberi rasa yang lebih sedap.

Oleh itu, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini

Resepi Kek Coklat Fudge ( Mewah Dengan Coklat)

Bahan-bahan

A

  • 75g serbuk koko
  • 150g gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 375 air mendidih

B

  • 200g butter
  • 225g gula halus/caster
  • 3 biji telur

C

  • 335g tepung gandum
  • 1 sudu ten serbuk penaik 
  • 1 sudu teh serbuk soda bikabornat

Kaedah 

  • Panaskan oven pada suhu 170c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Griskan 3 loyang bulat bersaiz 7” atau 1 loyang saiz 9” bulat dan lapikkan dengan kertas minyak.
  • Seterusnya bancuh bahan A, ketepikan.
  • Ayak bahan C, ketepikan.
  • Dengan mesin pengadun, adun bahan B hingga pucat. Adunkan butter dan gula dahulu hingga pucat baru masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Apabila bahan B telah gebu dan putih, masukkan bahan C sedikit demi sedikit.
  • Akhir sekali masukkan bahan A.
  • Bakar pada suhu 170c selama 30 minit (jika guna loyang saiz 7”). Atau bakar 45 minit jika guna loyang 9”.
  • Apabila telah cukup masa, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak. Jika lidi itu masih basah, bakar lagi 10 minit.
  • Siap, bolehlah dihiasi dengan fudge frosting coklat.
Kek ini dihiasi dengan teknik faultline.


Rasa kek seperti ini sememangnya sedap, malah aromanya lebih menarik berbanding kek chocolate moist yang biasa kite temui. Untuk menjadikan kek ini lebih lembab anda boleh simpan ia didalam bekas kedap udara sebelum anda menghiasinya. Sebenarnya jenis kek yang menggunakan butter akan lebih lembab apabila ia disimpan di dalam bekas kedap udara semalaman.

Senang bukan resepi ini? Apakata anda mencubanya dan rasai sendiri kelainan kek ini. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Popia Cendawan Cheese (Kudapan Sedap)

Next Article

Resepi Roti Jala (Mudah Dan Sedap)