Resepi Kek Black Forest (Kek Evergreen)

Resepi kali ini ialah kategori resepi pastri. Kek ini pada suatu masa dahulu sangat popular. Selalunya ia digunakan dalam menyambut keraian atau hari jadi. harganya juga bolehlah tahan mahal. Zaman itu, hanya orang ‘ada-ada’ sahaja yang mampu membelinya.

Kini sesuai dengan peredaran masa, kita didalam era teknologi maklumat. Untuk mendapatkan resepi dan cara-cara membuat kek black forest kini bukan lagi rahsia. Bahan-bahannya juga senang didapati, malah murah juga jika dibeli dari kedai pembekal barangan bakeri.

Resepi kek yang Madam akan kongsikan kali ini, merupakan antara kegemaran kami sekeluarga. Untuk membuatnya juga tidak lah susah, anda pasti boleh buat juga. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Kek Black Forest (Kek Evergreen)

Resepi Kek Span Coklat (Cara Mudah)

Bahan-bahan

  • 250g sponge mix
  • 4 biji telur gred A
  • 60ml air
  • 60ml minyak masak
  • 2 sudu besar koko / emulco coklat

Kaedah

  • Panaskan oven selama 10min. 
  • Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
  • Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur. 
  • Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
  • Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
  • Kaup balik serbuk koko/emulco coklat hingga sebati.
  • Akhir sekali kaup balik minyak masak.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
  • Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
  • Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai bersama-sama dengan loyangnya. 
  • Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
  • Kemudian barulah keluarkan ia dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.

Bahan – bahan Inti Black Forest

  • 1 tin dark pitted cherry
  • Air bancuhan tepung jagung (anggaran 1sudu teh tepung jagung + 2-3 sudu air)
  • Fresh cream vivo secukupnya 

Kaedah

  • Keluarkan dark pitted cherry dari tinnya dan toskan ia.
  • Asingkan isi dan jusnya.
  • Hancurkan ceri dan ketepikan.
  • Manakala masukkan jusnya kedalam periuk.
  • Buka api dan reneh ia.
  • Masakkan hingga jus mengelegak tambahkan air bancuhan jagung, kacau sebati dan segera tutup api.
  • Biarkan ia sejuk dulu.

Bahan-bahan hiasan 

  • Ceri maraschino
  • Chocolate rice

Cara-cara membuat kek black forest

  • Mula-mula potong kek kepada 3 lapisan. 
  • Basahkan kek dengan jus yang dimasak tadi.
  • Letak kan fresh cream yang telah dipukul kental.
  • Letakkan isi black pitted cherry tadi.
  • Ulang untuk lapisan kedua.
  • Bila telah habis mengisi inti, hiasan kek dengan fresh cream, maraschino cherry dan chocolate rice dibahagian tepi kek.
  • Sejukkan sekurang-kurangnya 6 jam didalam peti ais. Siap untuk dinikmati.

Resepi asal kek ini sebenarnya menggunakan arak sebagai jus untuk melembapkan kek. Namun kita telah ubah resepi ini dengan menggunakan jus dari black pitted cherry tadi. Rasanya juga masih sedap dan sangat sesuai bagi tekak orang Malaysia . 

Sebab itulah anda harus mencubanya, mungkin anda boleh mencubanya pada sambutan ulangtahun bersama yang tersayang. 

Resepi Lain Yang Menarik.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. Selamat mencuba!


Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Kek Coklat Cheese Leleh (Mudah Dan Sedap)

Next Article

Resepi Nasi Goreng Cili Kering ( Ringkas Dan Sedap)