Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Karipap Roti (Menu Minum Petang)

author name

📄

Resepi berikut merupakan sebuah resepi yang menggunakan roti putih sebagai bahan utamanya. Karipap roti mempunyai inti kari kentang seperti karipap biasa namun kulitnya menggunakan roti putih mengantikan kulit pastri yang biasa digunakan.

Karipap ini bukan sahaja sedap tetapi ia juga lebih mudah. Sekiranya anda ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang boleh didapati di kedai atau pasaraya berdekatan.

Resepi Karipap Roti
Bahan-bahan

  • Roti putih secukupnya
  • Telur putih untuk melekatkan

Kaedah

  • Kukus roti lebih kurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis 
  • Potong tepi roti yg keras dan letak inti karipap diatas roti, lepas tu letak telur putih di tepi roti tu, sebagai gam lah untuk lekatkan,kemudian tekankan ditepinya dengan garpu.
  • Buat sehingga habis roti. 
  • Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng karipap ini, goreng dengan api yg perlahan dan sebentar saja sebab roti ni cepat masak, bila kekuningan boleh diangkat.

Inti karipap

Bahan-bahan

  • 2 keping isi dada ayam – potong dadu
  • 3 biji kentang – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu besar sebuk kari – bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam dan sedikit gula

Kaedah 

  • Goreng isi ayam sedikit kekuningan, angkat, ketepikan
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukan cili kisar dan serbuk kari, tumis sehingga naik wangi.
  • Kemudian masukan kan kentang dan sedikit air, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk, hendaklah selalu digaul supaya bahagian bawah.
  • Rasa garamnya.
  • Siap

Anda juga boleh menggunakan inti lain seperti menggunakan keledek dan menambah isi daging didalam intinya. Jika anda suka, anda boleh tambahkan sedikit gula didalam intinya juga. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi mudah ini, anda boleh bekukan juga jika ada banyak lebihan kerana ia juga tahan la,a dalam peti sejuk beku. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *