Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Kepala Ikan (Ringkas Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai hidangan waktu makan utama. Kari kepala ikan merupakan sebuah resepi yang diguna oleh tukang masak nasi kandar. Ini kerana kari merupakan salah satu masakan yang kepakaran tukang masak berketurunan mamak ini.

Namun oleh kerana harganya agak mahal, resepi ini mulai popular dikalangan surirumah untuk dimasak sendiri dirumah. Bagi anda yang ingin memcuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kari Kepala Ikan (Ringkas Sedap)
Bahan utama

  • 1-2 ketul kepala ikan tenggiri

Bahan untuk dikisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 1 inci halia.
  • 1/4 biji bawang besar

Bahan untuk di tumis

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain 

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 5 batang bendi
  • garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan kisar,daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  • Tumis pula pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  • Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  • Siap dan sedia dihidangkan.

Bagi anda yang inginkan keaslian kari kepala ikan seperti dikedai mamak, anda bolehlah membeli rempah kari secara timbang yang biasanya dijual kedai menjual rempah ratus. Dan anda juga boleh memilih untuk tidak meletakkan santan langsung. Begitu jenis kepala ikan, anda boleh memilih apa sahaja jenis ikan yang besar seperti ikan merah, ikan bawal atau ikan jenahak.

Apapun terpulang pada selera anda, namun resepi ini adalah antara resepi mudah yang anda boleh cuba. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kari Ikan Sardin

Resepi Ayam Goreng Kari

Resepi Sambal Kari Udang


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *