Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Kambing (Gaya Ringkas)

author name

📄

Resepi  kali ini merupakan satu lagi resepi dari koleksi masakan kari.. Namun begitu bahan utama yang digunakan di dalam resipi ini ialah daging kambing. Bagi kebanyakan orang kita kurang menggemari daging kambing, namun bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan apa kata anda mencuba sendiri resepi ini.

Anda boleh dapatkan daging kambing segar dipasar tani atau dapatkan jenis beku kerana ia lebih murah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kari Kambing

Bahan Utama

  • 1kg kuib daging kambing (beku)

Bahan Kisar

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari 
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk garam
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak

Bahan pes rempah

  • 3 pek kecil rempah kari daging (gaul dengan sedikit air untuk dijadikan pes)

Kaedah

  • Perap kambing dengan garam dan sedikit pes kari, ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis kayu manis, bunga lawang,buah pelaga,bunga lawang
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  • Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  • Kacau seketika dan masukkan tomato.
  • Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah diperap tadi. 
  • Kacau bersama ubi kentang. 
  • Tambahkan air, serbuk cili, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau sebati,tutup periuk dan biarkan mendidih.
  • Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  • Siap!

Daging kambing yang saya gunakan dalam resipi ini ialah daging lamb chop tetapi kebiasaan daging kambing yang digunakan ialah kiub. Enak dimakan bersama papadom dan juga acar, jangan lupa cuba resepi dan nikmati ia bersama keluarga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *