Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Ayam Ringkas (Cepat Dan Sedap)

Resepi kali ini adalah resepi kari yang paling mudah ditemui. Kari ayam adalah sejenis masakan yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang dari India. Masakan kari terdiri dari gabungan rempah ratus yang digiling menjadi serbuk kari. Kemudian ia ditumis bersama bahan-bahan lain dan menjadikan ia masakan yang sangat sedap dan beraroma.

Kari ayam atau daging lazimnya mempunyai ditumis dengan rempah empat beradik kemudian ditambah dengan pes kari daging yang sangat beraroma.Namun resepi yang Madam bawakan kali ini ialah resepi kari ayam yang paling ringkas, ia sesuai bagi famili kecil atau hanya untuk makan seorang.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kari Ayam Ringkas (Cepat Dan Sedap)

Bahan-bahan

  • Sebelah ayam saiz kecil (potong 8)

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 1 ulas
  • Daun kari sesudu

Bahan pes rempah

  • 1 peket serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • (Bancuhkan keduanya dengan air dan jadikan ia pes.)

Bahan-bahan lain

  • 1 biji kentang saiz besar belah 6
  • Satu peket kecil/satu kotak kecil  santan
  • Asam keping saiz kecil sekeping

Kaedah

  • Bersihkan ayam, perap dengan garam dan bahan-bahan tumbuk. Ketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris hingga naik bau.
  • Tumiskan bahan pes pula, hingga garing dan naik minyak.
  • Tambahkan sedikit air serta kacau agar ia sebati.
  • Masukkan ayam dan kentang dan biarkan hingga airnya kering.
  • Masukkan pula asam keping dan santan, tambahkan air jika terlalu pekat.
  • Teruskan masak sehingga kentang empuk dan ayam masak.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Siap.

Sukatan resepi ini adalah untuk famili kecil, oleh itu ia dibuat sangat ringkas. Ia juga tidak menggunakan rempah empat beradik seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang atau bunga cengkih seperti kebiasaan resepi kari. Ia hanya menggunakan serbuk rempah kari yang mudah didapati dikedai-kedai runcit. Anda boleh abaikan santan jika anda ingin sesuatu yang lebih ringkas, namun kuahnya akan kurang pekat. 

Jadi jangan lupa mencuba resepi ini, kerana walaupun ia sangat mudah tetapi tetap sedap. 

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. 

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!