no comments

Resepi Kangkung Goreng Taucu (Masakan Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang agak popular dinegara kita ini, malah ia juga popular dibeberapa negara di Asia Tenggara ini seperi Thailand,Indonesi,Brunei dan Singapura. Pelbagai kaedah yang boleh didapati untuk memasak sayur kangkung ini. Antara yang popular ialah menggoreng ia bersama belacan atau ikan masin.

Sayur kangkung mudah ditemui dinegara kita ini, bukan sahaja dipasar-pasar tetapi juga ditepi-tepi sungai. Kangkung yang paling mudah ditemui ialah yang jenis daun kurus dan memanjang. Manakala yang jenis lebar dan sedikit kerinting ialah kangkung yang banyak ditemui ditepi sungai, longkang atau paya. Apapun keduanya mempunyai khasiat vitamin dan mineral yang tinggi yang sangat baik untuk kesihatan. Jadi kali ini Madam akan bawakan resepi kangkung masak taucu pula, mari lihat bahan-bahan yang diperlu

Resepi Kangkung Goreng Taucu (Masakan Ringkas)
Bahan utama 

  • Seikat sayur kangkung

Bahan-bahan lain

A

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api

B

  • 2 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram

Kaedah

  • Bersihkan dan potong sayur kangkung, ingat untuk membelah batangnya agar semua kotoran dapat dibersihkan.
  • Tumbuk kasar bahan A.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Masukkan taucu dan sedikit sos tiram, tambah garam jika perlu.
  • Masukkan sayur kangkung dan sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Tutup sebentar agar kangkung masak, tidak perlu lama sekadar ia masak sahaja.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan ketika ia masih panas.

Sayur kangkung tidak perlu dimasak lama, sekadar ia cukup layu memadai. Malah ia juga enak dicelur terutama ketika dihidang bersama yong taufu. Batang kangkung perlulah dibelah agar segala kotoran dapat di bersihkan. Terutamanya kangkung jenis lebar, yang biasa diambil dari tepi sungai atau paya. Kerana didalam batang kangkung kadangkala terdapat parasit seperti pacat.

Namun janganlah anda risau kerana kangkung kini telah dikomersialkan jadi ia telah melalui proses pembersihan. Hanya berjaga-jaga itu lebih baik. Baiklah Madam harap anda akan sudi mencuba resepi mudah ini ye, selamat mencuba ya.

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. 

Reply