Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Daging Kambing Wajib Anda Cuba!

author name

Bagi peminat kambing, resepi yang bakal kami kongsikan khas untuk anda. Daging kambing boleh dimasak dengan pelbagai cara yang anda inginkan. Kami faham ada yang tak minat kambing kerana bau hamisnya. Tapi percaya lah jika anda tahu cara yang betul mencuci daging kambing, bau hamis pasti hilang.

Kini anda boleh lihat pelbagai menu masakan kambing yang ada. Rambang mata bila tengok. Daging kambing memang agak mahal sikit, apakata anda cuba masak sendiri dirumah. Jika betul anda peminat daging kambing, teruskan membaca koleksi resepi kambing ini. Jangan terliur ya!

Resepi Kurma Kambing

Resepi daging kambing pertama ialah kurma kambing. Jika selalu kita dengan kurma ayam, kali ini kita cuba kelainan sedikit dengan menggantikan daging kambing. Rasanya lebih enak dan bau hamis pun tiada kerana rempah kurma yang kuat itu. Makan pula dengan sambal belacan pasti terangkat. Jom baca resepi dari Abg Apitte.

Bahan-bahan

  • 6biji bawang besar
  • 15-20tangkai cili padi
  • 5-6inci halia
  • 2labu bawang putih
  • Rempah 4 kawan pelaga, kayu manis, bunga lawang, cengkih
  • 6biji bawang besar mayang
  • 4biji cili hijau
  • Daun pandan, daun salam, daun kari
  • 250gmx3pack rempah kurma adabi=750gm bancuh dengan air panas terlebih dahulu

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukan rempah 4kawan, bawang mayang+cili hijau tumis sehingga agak layu.
  2. Masukan (bawang+halia+cili padi+bawang putih blander) tumis sehingga wangi kemudian masukkan 5biji buah tomato belah+daun salam+daun pandan dan daun kari.
  3. Masukkan pes rempah kurma masak dengan api slow hit sehingga wangi dan pecah minyak,
  4. Masukkan 10-15kg daging kambing masak sehingga mendidih dengan api sederhana janan terlalu banyak tambah air sebab air daging akan keluar.
  5. Lima tangkai cili hijau+segenggam kelapa parut blander.
    Kalau nak hasil yang lebih baik, gunakan kelapa muda/kelapa hingus kelapa yang isinnya masih lembik.
  6. Satu sudu makan serbuk lada sulah.
  7. Ubi kentang+1kg santan/tairu.
  8. Bawang belah+cili hijau belah.
  9. Masak sehingga empuk, masukkan garam, asam keping dan perasa,

Resepi Kuzi Kambing

Resepi kuzi kambing ini selalu menjadi pilihan untuk menu lauk kenduri. Dihidangkan pula bersama nasi minyak atau nasi jagung memang menarik. Jika anda nak buat sendiri pun boleh. Jom baca resepi dari Noor Azmir Mohamad Ali ini.

Bahan-bahan

  • 2 kg daging kambing dipotong ikut suka
  • 4 sb kari daging
  • 2 sb rempah kurma
  • *2 inci halia
  • *5 ulas bawang putih
  • *5 Biji bawang merah
  • *20 tangkai cili kering (jangan yang pedas) sebab Kuzi masakannya manis. Cili kering di rendam supaya mudah di blend
  • 5 Biji Bawang merah dihiris, digoreng dan ditumbuk lumat
  • Gula Melaka
  • 2 cawan Tomato sauce
  • 1/4 cawan Kismis hitam
  • 1/4 cawan Gajus
  • 1 cawan Yogurt atau susu cair
  • 1/4 bawang goreng
  • Minyak sapi
  • Minyak Masak

Cara Penyediaan

  1. Blend bahan *
  2. Panaskan minyak dalam 1/4 cawan. Api sederhana.
  3. Goreng Kismis sekejap, tos dan letak tepi
  4. Goreng gajus sekejap, tos dan letak tepi
  5. Tambah 3 sudu minyak sapi ke minyak dalam kuali tadi
  6. Tumis bahan Blend hingga naik bau
  7. Masukan rempah kari dan rempah Kurma letak air secukupnya supaya tak hangit rempah (nak bancuh rempah dulu pun boleh). Tumis hingga naik minyak.
  8. Masuk tomato sauce,
  9. Masuk daging kambing yang telah dibersihkan,
  10. Tambah air yang secukupnya untuk cover 1 inci paras daging kambing.
  11. Tambah yogurt atau susu cair.
  12. Tambah bawang goeng yang ditumbuk lumat.
  13. Tambah bawang goreng.
  14. Tambah kismis yang di goreng.
  15. Gula & gula melaka secukup rasa bila dah mendidih, reneh gulai dengan api slow.
  16. Masak hingga kambing empuk dan kuah agak pekat.
  17. Tabur gajus dalam hidangan.

Resepi Kambing Perap

Kambing perap juga antara menu popular. Nak tahu sedap atau tidak kambing perap ini ialah bergantung pada sos perapan, Jom baca resepi kambing perap yang dikongsikan oleh Natrah Osman ini.

Bahan-bahan

  • 5 kg kambing
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 cawan sos lada hitam
  • 1 senduk halia blander
  • 1 senduk bawang putih blander
  • 1 keping gula nisan / gula kabung
  • 1 1/2 cawan sos tiram
  • 1 senduk kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato

Cara Penyediaan

  1. Masak semua nie atas dapur sampai sebati.
  2. 1/4 cawan minyak zaitun, ratakan sos perapan baru tuangkan minyak zaitun, jadi nanti time membakar tak perlu minyak lagi.
  3. Dan daging masak sempurna.
  4. Sejukkan kejap, boleh lah guna untuk perap kambing, daging atau ayam untuk rasa perapan lebih sedap, perap sehari semalam dalam freezer.
  5. Selepas itu baru lah bakar.
  6. Kambing sebelum perap basuh dengan tepung gandum + sedikit cuka makan, n shaa allah hilang semua bau hamis dan hanyir.

Resepi Kambing Masak Hitam

Resepi kambing masak hitam ini merupakan menu popular kenduri kahwin. Lawan pula dengan nasi minyak dan jelatah memang ngam. Resepi ini ditulis oleh Niq Ain.

Bahan-bahan

  • Bwg besar holland atau bwg bombay
  • Bwg putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili kering
  • Buah keras/buah macadamia/buah badam

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan di atas sehingga pecah minyak,
  2. Masukkan kambing, gula melaka, garam, asam jawa dan serbuk pati ayam (optional).
  3. Ketumbar biji tumbuk 1sudu kecil.
  4. Kicap pekat.
  5. Empukkan kambing dan masukkan daun limau purut.
  6. Dan siap dihidang.

Resepi Gulai Kari Kambing

Orang kelantan memang terkenal dengan gulai yang pekat. Resepi kali ini adalah gulai kari kambing yang pekat pasti membuatkan menjilat jari. Jom baca resepi oleh Afy AL Habibi.

Bahan-bahan

  • (500g daging kambing)
  • 1 sk campuran halba campur
  • Setangkai daun kari
  • Rempah kari
  • 1sk serbuk cili Baba
  • 1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Secubit dua serbuk perasa

Bahan kisar

  • 1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • 1 ulas kecil bawang putih
  • 1 hiris nipis bulat serai
  • 1 hiris nipis halia
  • 1/2 hiris nipis lengkuas

Cara Penyediaan

  1. Tumis 1 sudu kecil campuran halba campur. Diikuti dengan setangkai daun kari.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar di bawah sehingga wangi.
  3. Seterusnya, masukkan 3 sudu besar rempah kari + 1 sudu kecil serbuk cili Baba’s.Tumis sehingga garing.
  4. Tuang segelas air. Masukkan perasa peringkat pertama.
  5. Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk. Kacau sesekali.
  6. Barulah masukkan daging kambing.
  7. Selepas daging mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan, diikuti satu cawan air. Kacau.
  8. Tambah perasa peringkat kedua.
  9. Garam, gula ikut citarasa sendiri.
  10. Biarkan lagi kuah gulai mendidih dalam api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.

Resepi Rendang Kambing

Bila tiba Hari Raya pasti juadah wajib yang terhidang ialah rendang ayam atau daging kan? Sesekali kita ubah selera kepada rendang kambing pun tak salah. Resepi rendang kambing ini oleh Muhamad Ismail Mohd Ali.

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing
  • Rm5 kg santan pekat
  • 4 labu bawang besar (blend)
  • 10 ulas bawang putih (blend)
  • 10 ulas bawang merah (blend)
  • Halia (blend)
  • Lengkuas (blend)
  • Cili padi segenggam (blend)
  • 2batang serai titik
  • Cili giling 2 senduk besar
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Daun kunyit (racik halus)
  • 2 asam keping
  • Gula kabung 1 ketul
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak,
  2. tumiskan bahan kisar, serai ketuk.
  3. Masukkan cili giling dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
  5. Masukkan santan, kerisik dan asam keping & sedikit garam
  6. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.
  7. Masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.
  8. Kacau kena kerap sikit
  9. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.

Resepi Nasi Beriani Kari Kambing Adabi Viral

Resepi nasi beriani kambing tak semua orang boleh masak dengan sempurna. Tapi mengikut peredaran masa, semua bahan telah dimudahkan untuk anda memasak nasi kegemaran anda. Resepi nasi beriani kambing yang dikongsikan oleh Nor Juliyana menggunakan kari kambing tin adabi. Cukup mudah resepi ini.

Bahan-bahan

  • Beras Basmathi ( 3 cawan )
  • 1 biji bawang besar ( hiris )
  • 1 biji tomato ( potong dadu )
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang,buah pelaga)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 tin kari kambing adabi
  • Akar ketumbar

Cara Penyediaan

  1. Beras basuh dan rendam selama 15 minit.
  2. Panaskan mentega tumiskan 4 sekawan.
  3. Masukkan bawang hiris tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan tomato kacau rata.
  5. Masukkan kari kambing adabi biarkan mendidih.
  6. Masukkan 4 cawan air 1/2 cawan susu cair akar ketumbar kacau dan tunggu mendidih sekejap.
  7. Tuangkan ke dalam periuk nasi yang dah diisi beras tadi.
  8. Masak seperti biasa dan siap.

Resepi Sup Kambing

Sup kambing lagi pekat lagi sedap dan terangkat. Nak dapatkan tekstur yang pekat berempah ini memang menggunakan banyak bahan rempah dalam masakan. Bila ada lebihan sup ini bolehlah dimakan bersama roti. Jom baca resepi oleh Azizah Daud.

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing basuh bersih guna tepung gandum untuk hilangkan bau

Bahan tumis

  • 7ulas bawang putih mayang
  • 10 biji bawang merah mayang
  • 3inci halia ketuk
  • Kayu manis buah pelaga bunga cengkih bunga lawang
  • 5 sudu besar rempah sup atau kurma adabi apa-apa jenama pun boleh

Cara Penyediaan

  1. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang yang di mayang tadi masuk halia ketuk bila dah kekuningan masuk rempah serbuk sup tadi yang dibancuh dengan sedikit air.
  2. Kacau rata masuk daging kambing kacau sehingga keluar jus baru masuk air seberapa banyak kita nak sesuai dengan daging tadi.
  3. Biar mendidih sehingga empok baru masuk garam gula serbuk perasa sesuai dengan citarasa kita. Perah sedikit limau nipis dan potong cili padi kalau nak pedas.
  4. Renih kan hingga pekat macmana kita nak.
  5. Tada dah siap hidangkan tabur bawang goreng dan daun ketumbar atau daun sup.

Resepi Kari Kambing

Anda mencari resepi kari kambing yang pekat dan likat? Apa kata anda cuba resepi dari Laila Syakila yang berkongsikan resepi kari kambing yang cukup pekat pasti anda jatuh hati.

Bahan-bahan

  • 1 kg Daging kambing
  • 2 bijik Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • 3 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 tbsp serbuk jintan manis
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 2 bijik Tomato -dipotong 4
  • 4 bijik Ubi kentang -dipotong 4
  • 4 Sekawan
  • Daun Kari, asam jawa, santan (saya pakai santan Kara 1 kotak kecik)
  • Sedikit minyak masak
  • Garam, gula

Cara Penyediaan

  1. Bawang putih,bawang merah dikisar terlebih dahulu..
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar bersama 4 sekawan dan semua rempah termasuk tomato puree ditumis terlebih dahulu.
  3. Masukkan daun kari, air asam jawa sedikit air beserta daging kambing dan biarkan daging empuk.
  4. Setelah daging empuk, masukkan santan, tomato dan kentang.
  5. Tambahkan garam dan gula sebagai bahan perasa.

Resepi Kambing Masala

Resepi kambing masala ini merupakan masakan asli dari Pakistan atau Khasmir. Resepi ini memang banyak menggunakan rempah ratus, Kambing masala ini sedap dimakan bersama roti dan nasi panas. Resepi ini telah dikongsikan oleh Norfalisa Norman.

Bahan-bahan

  • 1kg daging kambing potong kiub (*nak guna tulang kambing pun boleh atau nk tukar dengan daging)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam

*digaul dan direbus sehingga separa empuk

Bahan kisar

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 btg serai

Bahan lain

  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar garam masala
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging (*optional)
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 biji tomato
  • 3 biji kentang
  • sedikit daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 3 sudu besar susu cair
  • 1 kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 3 biji bubga lawang
  • 3 biji cengkih

Cara Penyediaan

  1. Tumis daun kari, kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih hingga wangi.
  2. Tumis bawang hiris hingga layu dan bahan kisar hingga wangi
  3. Masukkan rempah hingga naik minyak.
  4. Masukkan tomato dan kentang yang telah dipotong serta cili merah dan cili hijau yang telah dihiris,
  5. Kemudian masukkan dalam kambing yang direbus tadi.
  6. Masukkan susu cair dan cukup rasa dan gula.
  7. Setelah daging empuk baru masuk garam dan secukup rasa.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba koleksi resepi kambing yang telah kami kongsikan ini. Banyak lagi resepi menarik yang lain telah kami kongsikan untuk anda. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami dan jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *