Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kambing Masak Merah Menyala

Tak semua orang suka makan kambing, mungkin kerana bau hamis pada daging kambing. Tapi sebenarnya kalau anda tahu teknik cuci daging kambing yang betul, hamis pada daging boleh hilang. Bukan sahaja dari membersihkan kambing, malah cara masak kambing juga jika betul gayanya bau hamis boleh hilang.


Resepi kali ini ialah kambing masak merah. Sedap dimakan bersama roti putih, memang terangkat habis. Selalu kita buat daging kambing bakar, kali ini jom cuba resepi ini. Confirm anda jatuh hati. Resepi ini oleh Balqis Idayu

Bahan-bahan

  • 1kg kambing – direbus

Bahan kisar

  • 1biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1sb jintan manis
  • 1sb jintan putih
  • 1sb serbuk ketumbar
  • 3sb cili kisar
  • 1/2 biji carrot – potong dadu
  • 1 biji ubi kentang – potong dadu
  • 1 biji telur (kalau nak pekatkan kuah, tak nak letak pun tak apa)
  • 3 senduk air rebusan kambing
  • 2sb mintak untuk memasak

Cara Penyediaan

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar.
  3. Masukkan cili kisar.
  4. Masukkan kentang dan carrot.
  5. Masukkan air rebusan kambing dan telur.
  6. Masukkan kambing, perlahankan api dan biarkan mereneh.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.

Kambing masak merah ini sedap dimakan bersama nasi minyak memang ngam. Jika anda dah jemu dengan ayam masak merah, apa kata anda cuba resepi kambing ini memang anda jatuh hati, nak pula jika anda penggemar kambing.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi yang kami sediakan antaranya pencuci mulut, ayam, ikan dan daging. Paling penting mudah untuk anda jadikan rujukan. Terima kasih kerana singgah ke laman kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!