Resepi Jus Fresh Oren Sekali Minum Mesti Nak Lagi

Resepi fresh oren yang dibawakan kali ini merupakan satu lagi menu kegemaran terutamanya digerai-gerai jalanan. Fresh oren berbeza berbanding oren jus kerana ia mempunyai rasa yang manis. Manakala jusnya pula diambil terus dari isi sebiji buah oren kemudian ditambah gula.

Jus oren pula adalah jus yang diambil hasil dari perahan limau dan tidak ditambah gula. Orang kita biasanya beli jus oren dalam kotak yang banyak dijual, kerana lebih murah.

Seterusnya bagi anda yang ingin mencuba sendiri respei ringkas ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji oren
  • 3 sudu besar air gula
  • Air secukupnya
  • Beberapa ketulan ais

Kaedah 

  • Masukkan buah oren, gula dan air didalam mesin pengisar.
  • Kisar sehingga buah oren benar-benar halus.
  • Sediakan gelas tinggi berisi ais mengikut citarasa anda.
  • Tuang air oren melalui penapis agar hampas oren dapat diasingkan.
  • Siap!
Image via Google

Minuman ini amat mudah disediakan, malah anda juga boleh menganggar sendiri rasa manis mengikut citarasa anda.Pilihlah buah oren yang besar dan berjus, dengan itu akan terserlahlah rasa orennya. Malah anda juga boleh menambah pati oren seperti sunquick untuk mendapatkan warna dan rasa yang lebih menarik. Selamat mencuba!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *