Resepi Ikan Kerisi Goreng Tepung (Resepi Paling Mudah)

Resepi kali ini ialah resepi yang kerap digunakan untuk mengoreng ikan agar isinya tidak pecah. Biasanya ikan goreng tepung banyak ditemui disebelah pantsi timut, namun untuk resepi ini ia bukanlah dari sebelah sana. Sebaliknya resepi ini Madam guna bila inginkan kelainan dalam gorengan ikan.

Tidak seperti ikan goreng tepung biasa resepi ini tidak menggunakan telur, sebaliknya hanya menggunakan tepung dan bahan-bahan yang kita akan kongsikan sebentar lagi. Jadi hasilnya sememangnya berbeza. Apakata kita melihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

 

Resepi Ikan Kerisi Goreng Tepung (Resepi Paling Mudah)

Bahan-bahan

  • Ikan kerisi saiz sederhana 2 ekor ( bersihkan dan kerat dua jika suka)

Bahan-bahan salutan tepung

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk  cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Gaul bahan-bahan tepung agar semunya sebati.
  • Perasakan ikan denga garam dan serbuk kunyit secukupnya.
  • Sediakan kuali dengan minyak yang cukup untuk gorengan yang tenggelam.
  • Masukkan ikan dalam tepung selama 2 kali hingga ia benar-benar sebati dengan ikan tersebut.
  • Goreng dengan api sederhana panas agar ikan masak dengan rata dan saduran tepung pula tidak hangus.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.
  • Siap


Jadi seperti anda lihat, bahannya sangat lah berbeza. Oleh itu rasanya juga tidak sama seperti ikan goreng sebelah pantai timur. Untuk mengetahui perbezaannya anda kenalah cuba resepi ini. Namun resepi ini sangat mudah dan bahannya sangat minimal.

Sangat berbaloi untuk anda cuba, anda boleh mencubanya sekarang jika ada ikannya. Kerana ia sangat ringkas, malah anda juga boleh menggunakan isi ayam dan ia boleh dijadikan seperti nuget ayam. Oleh itu selamat mencuba ya.


Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana singgah ke laman kami,disini kami ada pelbagai lagi resepi yang terbukti menjadi. Jadi selamat mencuba jangan lupa like dan share.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Terung Masak Taucu (Masakan Lain Macam)

Next Article

Resepi Lemak Cili Api Udang Kacang Buncis (Simple Sangat)