homemade fishcake

Resepi Fishcake Homemade Lebih Sihat, Lebih Jimat, Lebih Lazat!

Resepi kali ini agak berbeza sedikit dengan resepi yang kami selalu kongsikan dengan anda. Resepi pada kali ini ialah resepi fishcake. Selalunya, fishcake akan dibeli yang segera. Walaubagaimanapun, fishcake segera mempunyai lebih banyak bahan pengawet dan jika anda menginginkan alternatif yang lebih sihat, resepi ini khas buat anda!

Fishcake ini biasanya akan kita hidangkan bersama dengan mee kari, mee sup, bihun sup dan sebagainya. Cara penyediannya juga mudah dan pastinya boleh buat di rumah tanpa memerlukan apa apa mesin yang istimewa selain pengisar. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan. Oleh itu, bolehlah anda menyediakannya sendiri!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Asyiqin Shokori di laman Facebook miliknya. Tanpa kita membuang masa lagi, mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan untuk menyediakan resepi fishcake homemade ini. Jom!

Resepi Fishcake Homemade

homemade fishcake
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500g isi ikan tenggiri (buang tulang, kulit)
  • 3/4 air ais (anggaran)
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Kisar isi ikan sampai hancur (menggunakan pengisar kering)
  2. Keluarkan isi ikan. Tuang air ais sikit demi sedikit. Gaul sampai sebati. Jangan terlampau lembik.
  3. Masukkan semua bahan yang lain. Gaul sebati. Uli adunan 4-5 minit (dengan tangan). Adunan memang lembik sikit dan melekat kat tangan.
  4. Lumur minyak pada permukaan dan sisi loyang.Tuang adunan dan padatkan dalam loyang.
    Nota: Nak bagi adunan atas licin cantik, ratakan dengan minyak sikit.
  5. Kukus 15 minit. Keluarkan dari kukusan, rehatkan 10 minit.
  6. Terbalikkan fishcake dan potong. Ikut la nak besar mana.
  7. Deep fry.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *