Resepi Double Choc Cookies Buat Sendiri Lagi Sedap

Resepi kali ini merupakan salah satu biskut choc chip yang amat digemari oleh kebanyakkan orang kita. Double choc chip cookies ini mengabungkan 3 jenis coklat iaitu dark, milk dan white chocolate. Gabungan coklat-coklat ini memberi rasa yang amat menarik dan sesuai bagi anda yang meminati coklat. Cara membuatnya juga amat mudah, anda boleh menggunakan bahan-bahan premium kerana buat sendiri lebih murah!

Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan biskut ini.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 peket (300g) duo coklat chip
  • 4 tbsp serbuk koko 
  • 100g dark chocolate (potong dadu)
  • 100g milk chocolate
  • 100g white chocolate

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan dark,milk dan white chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari chocolate chip.
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan chocolate cip sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

Biskut ini mempunyai rasa yang rangup dan penggunaan coklat dark memberi sedikit rasa pahit sesuai bagi anda yang meminatinya.Namun begitu anda boleh menggunakan milk choc kerana ia lebih manis. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *