Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Dorayaki Viral Wajib Cuba

author name

📄

Bila sebut dorayaki pasti anda terbayangkan kartun comel dari Jepun iaitu Doraemon. Jika anda peminat Doraemon pasti anda akan lihat kuih kegemaran kartun ini. Rupa yang comel serta rasa manis kacang merah pasti membuatkan anda suka dengan kuih ini.


Kalau anda nak tahu sedikit fakta mengenai dorayaki ini merupakan kuih tradisional yang berasal dari Jepun. Diperbuat daripada lempeng kecil style Amerika yang diliputi dengan filling kacang merah. Boleh juga anda nak letak filling yang anda inginkan. Kalau di Jepun nama lain bagi Dorayaki ialah Mikasa. Jom kami kongsikan resepi dorayaki ini. Resepi dorayaki ini ditulis oleh Kinda Ekin di Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • Telur 2 biji
  • Gula castor 1/2 cawan (kalau tak ada, gula biasa pon boleh.
  • Madu 1sb
  • Baking powder 1sk
  • Susu segar 2 sudu (saya tak ada susu segar saya pakai susu pekat 3sb)
  • Tepung gandum 1cwn
  • Sedikit air
  • Garam secubit
  • Minyak masak 2sudu

Cara Penyediaan

  1. Pecahkan telur, letak gula, kacau hingga kembang.
  2. Kemudian tambahkan madu, garam & baking powder, kacau lagi sampai sebati.
  3. Tambah tepung, gaul lahi, tambah kan kn susu & air gaul sampai betul-betul sebati.
  4. Last sekali tambahkan minyak, tepung jangan pekat and jangan cair sangat, panaskan kuali, pakai non stick punya tak payah letak minyak bila kuali dah panas guna api kecil sahaja. tuang tepung dalam 1 senduk kecik tak payah kacau sebab nanti dia akan bulat sendiri biarkan smpai tepung bahagian atas jadi bubble
  5. Bila dah mcm tu boleh terbalikkan then biar seketika baru angkat, buat smpai siap, boleh letak coklat atau peanut .

Dorayaki boleh juga dijadikan sebagai jualan. Pasti laku, pelbagaikan filling mesti menjadi tarikan untuk dorayaki ini. Jika anda tiada kuali non stick anda boleh gunakan kuali yang biasa tapi pastikan anda letak sedikit minyak untuk mengelakan adunan tepung pancake melekat.

Resepi Menarik Yang Lain

Terima kasih sudi menjadikan laman web kami sebagai rujukan masakan anda. Pelbagai resepi menarik dan viral kami sediakan untuk anda. Jangan lupa share ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *